Skuasy Terbuka British: Eain Yow tersingkir di pusingan kedua

Facebook
WhatsApp
JAGUH skuasy lelaki negara Ng Eain Yow.

KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kalah mengejut kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua Terbuka British 2025, di Birmingham awal pagi tadi.

Eain Yow selaku pemain pilihan kelapan kejohanan, gagal mempamerkan aksi terbaiknya apabila tewas 0-3 (11-13, 5-11, 7-11) kepada pemain Perancis Victor Crouin, sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan yang sering digelar sebagai Wimbledon of squash.

Pemain berusia 27 tahun itu menerima bye pada pusingan pertama.

Sementara itu dalam kategori wanita, Aira Azman turut tersingkir awal selepas tewas 2-3 (10-12, 11-13, 11-9, 11-8, 7-11) kepada pemain Mesir Zeina Mickawy, pada perlawanan pusingan pertama.

Rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi, juga terkandas selepas mudah ditundukkan 0-3 (6-11, 7-11, 7-11) oleh pemain England Sarah-Jane Perry.

Satu-satunya wakil Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan ini iaitu S. Sivasangari, akan memulakan aksi menentang pemain India Ahanat Singh, dalam pusingan kedua awal pagi esok (3 Jun).

-Bernama

Manchester United benam Sabah 4-0

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United meraih kemenangan 4-0 ketika kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat