Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad Sri Aman mula berlatih Rabu ini
  • SUKAN

Skuad Sri Aman mula berlatih Rabu ini

Utusan Sarawak 4 years ago
SKUAD Sri Aman tidak sabar untul memulakan latihan yang bermula Rabu ini.

SKUAD Sri Aman FA akan kembali memulakan latihan pada 13 Oktober (Rabu) ini bagi persediaan mengharungi saingan Liga SSC-FAS.

Pengurus pasukan Sri Aman FA, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata pasukannya akan bersiap sedia menghadapi cabaran menentang Sibu FA 30 Oktober ini di Sibu.

“Kita telah merancang untuk memulakan latihan bermula Rabu ini di Padang Kompleks Sukan Sri Aman, dan jika pemain kembali bersama pasukan nanti, komitmen dan persefahaman meningkat dalam usaha memperkasakan pasukan selepas hampir lima bulan liga ditunda sejak Mei lalu.

“Kita hanya ada masa dua minggu untuk adakan latihan singkat ini, dan pemain perlu bekerja keras dalam tempoh itu dan pemain perlu memberi tumpuan kepada kecergasan atau fizikal mereka,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Awang Putrayusrie turut menuntut barisan pemainnya memberikan aksi yang lebih padu selepas penyambungan semula Liga SSC-FAS ini.

Katanya anak didik ketua jurulatih, Sufian Ibrahim dan dibantu Ramos Sari dan Ramles Sari itu kini berada dalam ‘mood’ terbaik dalam bersedia memastikan pasukan itu terus mendahului carta Zon Tengah Sarawak.

“Sudah tentu kita mahu meneruskan momentum kemenangan selepas rehat panjang sejak menewaskan Sarikei FA 2-0 di gelanggang lawan pada 3 April lalu.

“Saya percaya pemain juga memiliki misi yang serupa untuk memburu kemenangan pada baki perlawanan lain selepas ini,” ujar Awang Putrayusrie.

Continue Reading

Previous: Liga Betong 2022 di Kompleks Sukan Spaoh
Next: Fokus kecergasan pemain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.