Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad regu negara mudah libas Jepun pada aksi pertama kumpulan A
  • SUKAN

Skuad regu negara mudah libas Jepun pada aksi pertama kumpulan A

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMAIN sepak takraw Malaysia Muhammad Shahalri Aiman Halim melibas bola melepasi halangan pemain Singapura ketika aksi Kumpulan C acara kuadran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

KUALA LUMPUR: Skuad regu negara mudah mengutip tiga mata pada aksi pertama Kumpulan A Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas “melibas” Jepun 2-0 di Stadium Titiwangsa malam ini. 

Malaysia yang mempertaruhkan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Jepun dalam set pertama dengan keputusan 15-4.

Bagaimanapun, Malaysia yang kemudian memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhamad Noraizat Mohd Nordin pada awalnya mendahului sehingga keputusan 10-8 namun Jepun bangkit mengejar dan menjarakkan kedudukan 12-10. 

Kedua-dua pasukan kemudian saling mengejar mata namun kemenangan akhirnya memihak kepada Malaysia 15-13. 

Kemenangan tersebut juga menyaksikan skuad negara selangkah ke suku akhir apabila dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke suku akhir kejohanan berprestij itu.

Skuad negara dijadual bertemu Singapura pada aksi kedua Kumpulan A pada Isnin manakala Jepun akan menentang Singapura esok bagi aksi kumpulan sama. 

Sementara itu, ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun mengakui skuad negara lemah di bahagian serangan pada set kedua membuatkan Malaysia berdepan kesukaran memenangi perlawanan hari ini. 

“Mungkin dari segi kesesuaian serangan dan juga pertahanan, kita sedikit longgar dan ini memberikan satu perkara yang perlu kita ambil perhatian khususnya kepada barisan pemain-pemain sebab kita nak biasakan pemain dengan merasa suasana yang agak tegang.

“Jadi, itu yang kita buat pertukaran supaya mereka dapat rasa suasana perlawanan pada edisi kali ini supaya mereka cepat settle down untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan itu. 

Aksi Kumpulan B turut menyaksikan Thailand menumpaskan Iran 2-0 manakala Korea Selatan menewaskan Brunei dalam perlawanan bagi Kumpulan D. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Nur Izzuddin terlepas peluang ke final Terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.