Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad MLBB negara tempah tiket ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
  • SUKAN

Skuad MLBB negara tempah tiket ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
SKUAD MLBB negara layak ke acara utama Suka Asia Aichi-Nagoya 2026. Foto Facebook Mobile Legend Esports

KUALA LUMPUR: Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia mengesahkan tempat ke acara utama Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan kelayakan Asia Tenggara yang berlangsung minggu lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kejayaan itu diraih hasil beberapa persembahan cemerlang skuad negara, termasuk mencatat kemenangan ke atas Laos, Indonesia dan Singapura.

Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik kelayakan Asia Tenggara bagi MLBB Sukan Asia 2026, sekali gus meraih tiket ke temasya sukan terbesar Asia itu.

Skuad negara diwakili Muhammad Razif Sazali, Muhammad Nazhan Mohd Nor, Ammar Asyraf Abd Rahman, Ealtond Rayner, Muhammad Aqif Haiqal Azman dan Mohammad Zul Hisham Mohd Noor.

Malaysia turut mengiringi Filipina, Kemboja, Indonesia dan Myanmar sebagai lima wakil terbaik dari rantau Asia Tenggara ke acara utama itu.

Sementara itu, Arab Saudi, Jordan dan Iran turut melayakkan diri selepas melepasi saingan peringkat kumpulan Asia Barat, manakala Kazakhstan dan Uzbekistan mewakili zon Asia Tengah.

Bagi zon Asia Selatan dan Timur pula, Mongolia, Hong Kong dan China mengesahkan tempat selepas berjaya melepasi peringkat kelayakan masing-masing. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rehat hidrasi ganggu rentak permainan – Jurulatih Argentina
Next: Padang East Rutherford cetus kebimbangan menjelang final Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.