Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni penduduk di Kampung Bekenu Asli
  • Utara
  • WILAYAH

Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni penduduk di Kampung Bekenu Asli

Utusan Sarawak 16 hours ago
KUNJUNGAN… Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan kunjungan bersama SKS Bekenu ke rumah bekas Penghulu Saban Amit di kediamannya di Kampung Bekenu Asli, hari ini.

BEKENU: Skuad Kasih Sayang (SKS) Bekenu turun padang menyantuni rakyat dalam usaha menjaga kebajikan masyarakat luar bandar agar tidak tercicir pelbagai bantuan yang di salurkan oleh kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada Program SKS di Kampung Bekenu Asli di sini, hari ini.

Katanya, SKS ini merupakan satu kumpulan wanita yang aktif dalam menjaga kebajikan masyarakat di luar bandar di kampung dan rumah panjang kawasan Bekenu.

KUNJUNGAN… Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan kunjungan bersama SKS Bekenu ke rumah bekas Penghulu Saban Amit di kediamannya di Kampung Bekenu Asli, hari ini.

“Program kita hari ini mengadakan melawat 10 keluarga yang mengalami kesusahan termasuk warga emas yang perlu mendapat perhatian dan bantuan.

“Turun padang kali ini dibantu oleh Ketua Kampung Abdul Rahman (Kampung Bekenu Asli) dengan memberi maklumat awal kepada SKS tentang beberapa keluarga di kawasannya dan diajukan kepada saya”, jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, lawatan ini kita menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan dan wang ehsan.

KUNJUNGAN… Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan kunjungan bersama SKS Bekenu ke rumah bekas Penghulu Saban Amit di kediamannya di Kampung Bekenu Asli, hari ini.

Program ini, SKS yang diketuai oleh Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim dan kumpulannya turut membantu untuk kes permohonan kebajikan warga emas dan kepada yang berhak dibantu, jelasnya.

Selain itu, keluarga yang mengalami kediaman yang rosak turut dibantu untuk permohonan baik pulih rumah, Kenyalang Gold Card (KGC) dan sebagainya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap donates 250 chairs and water dispenser to SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim
Next: Rumah dihempap pokok tumbang, penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.