Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Skuad Ihsan MADANI santuni penduduk terjejas banjir di Kampung Plaie, Kampung Jegoi
  • TEMPATAN

Skuad Ihsan MADANI santuni penduduk terjejas banjir di Kampung Plaie, Kampung Jegoi

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Samarahan bersama Pegawai Kadet Kor SISPA UNIMAS menjalankan kerja-kerja pembersihan kediaman penduduk yang terjejas banjir menerusi Program Pasca Banjir Skuad Ihsan MADANI di Kampung Plaie dan Kampung Jegoi, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Samarahan dengan kerjasama Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) melaksanakan Program Pasca Banjir Skuad Ihsan MADANI bagi membantu penduduk yang terjejas di Kampung Plaie dan Kampung Jegoi, di sini, semalam.

Program berbentuk khidmat kemasyarakatan itu menumpukan kerja-kerja pembersihan kediaman dan persekitaran penduduk yang terkesan akibat banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL). 

Program yang melibatkan anggota APM Samarahan bersama pegawai kadet Kor SISPA Unimas yang berganding bahu membantu komuniti setempat.

ANGGOTA APM Samarahan bersama Pegawai Kadet Kor SISPA UNIMAS menjalankan kerja-kerja pembersihan kediaman penduduk yang terjejas banjir menerusi Program Pasca Banjir Skuad Ihsan MADANI di Kampung Plaie dan Kampung Jegoi, semalam.

Selain meringankan beban mangsa pasca banjir, pelaksanaan inisiatif berkenaan turut memperkukuh nilai kesukarelawanan, semangat kebersamaan serta keprihatinan sosial dalam kalangan pasukan penyelamat dan mahasiswa, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan pendekatan berteraskan kemanusiaan.

Sementara itu, program tersebut turut dipantau dan diselaras oleh wakil Pegawai Pertahanan Awam Daerah Samarahan, Lt. (PA) Mohd Zaidi Jili, bersama Pegawai Penyelaras Interim Kor SISPA Unimas, Lt. M (PA) Dayang Rohana Abang Mahdi, bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara teratur dan berkesan kepada penduduk terlibat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas
Next: Isu tanah perlu diselesaikan demi kelancaran Projek Lebuh Raya Serian–Gedong-Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.