Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad boling padang negara bawa pulang 4 emas, 1 perak di Kejohanan Asia
  • SUKAN

Skuad boling padang negara bawa pulang 4 emas, 1 perak di Kejohanan Asia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Facebook Bowls Malaysia.

KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara terus mencipta sensasi apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas satu perak dalam Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 dan Kejohanan Boling Padang Asia Bawah 25 tahun (B-25) ke-14 di Clark, Filipina, hari ini. 

Kecemerlangan itu bermula dengan kategori senior apabila pasangan Muhammad Soufi Rusli-Amirul Danial Abdul Rahim menewaskan wakil Hong Kong 21-10 pada aksi final pairs lelaki untuk membawa pulang pingat emas. 

Momentum itu diteruskan skuad triples lelaki menerusi Izzat Shameer Dzulkeple, Muhd Naufal Azmi dan Muhammad Idham Amin Ramlan yang mengecewakan skuad Thailand 16-8 pada final. 

Tidak cukup dengan itu, Malaysia turut membolot emas dalam acara single wanita menerusi Nurul Alyani Jamil selepas menewaskan Rosita Bradborn 21-11. 

Skuad negara turut membawa pulang pingat perak dalam acara fours wanita selepas pasukan tuan rumah menewaskan Malaysia 15-12 pada aksi final.  

Bagi kategori B-25, Ain Nurnajwa Norhisham turut membawa pulang emas selepas menewaskan wakil Hong Kong Gloria Ha 21-11 dalam aksi final. 

Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berharap skuad negara mampu meneruskan prestasi cemerlang bagi pusingan kedua, esok. 

“Kita berada di landasan yang betul untuk mengekalkan kejuaraan keseluruhan bagi Kejohanan Boling Padang Asia ini, dengan harapan memperoleh pencapaian yang lebih baik daripada tahun lepas di Pattaya. 

“Saya harap pasukan negara mengekalkan momentum yang cemerlang ini dan tidak berada di zon selesa dalam menghadapi pusingan kedua yang akan bermula esok,” katanya. -Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan sukan sekolah platform lahir atlet cemerlang
Next: Yellow Tiger juara keseluruhan Olahraga Tahunan ke-58 SMK Lawas 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.