Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad bawah 14 tahun Sarawak sasar kejuaraan di Johor
  • SUKAN

Skuad bawah 14 tahun Sarawak sasar kejuaraan di Johor

Utusan Sarawak 1 day ago
SEMOGA BERJAYA…Wung Sing (lapan kiri) menyerahkan bendera Sarawak kepada Lim (tujuh kanan) sambil disaksikan oleh Chin (sembilan kiri), Wung Ming (sepuluh kiri), Wong (lima kanan), Tang (enam kanan), Tang (lapan kanan) serta yang lain di Sibu, semalam

SIBU: Pasukan bola tampar bawah 14 tahun Sarawak bertekad membawa pulang kejuaraan pada Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor dari 10 hingga 14 September ini.

Penolong Jurulatih skuad lelaki, Chin Hing Ka berkata, persiapan intensif telah digerakkan dengan melibatkan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan yang kini menjalani latihan penuh disiplin.

“Sasaran kami jelas iaitu menjuarai kategori lelaki dan wanita. Cabaran sememangnya besar, namun semangat dan kerja keras pemain akan menjadi kunci untuk mencapai misi kali ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambahnya, pencapaian edisi lalu yang mana pasukan lelaki Sarawak bergelar naib johan manakala skuad wanita menduduki tempat ketiga akan menjadi dorongan buat pemain memperbaiki prestasi di gelanggang kebangsaan.

Beliau menjelaskan, sesi latihan intensif selama 10 hari sebelum bertolak ke Johor memberi penekanan kepada kekuatan fizikal, penyatuan pasukan dan strategi permainan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak, Tan Sri Dato Sri Moh Wung Sing, menyerahkan bendera negeri kepada Pengurus Pasukan, Lim Jong Jieh, sebagai simbol semangat dan tanggungjawab yang digalas kontinjen.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sibu, Datuk Moh Wung Ming, Ketua Jurulatih skuad lelaki, William Wong, Ketua Jurulatih skuad wanita, Tang Chee Hong serta Penolong Jurulatih wanita, Angela Tang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejayaan Tang Jie-Ee Wei, Pearly-Thinaah bukti pelaburan RTG berkesan
Next: Tang Jie- Ee Wei tempuh pelbagai rintangan sebelum bergelar juara dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.