Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SKUAD Antidadah Sibu sertai gotong-royong, erat kerjasama komuniti
  • WILAYAH

SKUAD Antidadah Sibu sertai gotong-royong, erat kerjasama komuniti

Utusan Sarawak 22 hours ago
PESERTA gotong-royong merakam gambar kenangan. Foto AADK


SIBU: SKUAD Antidadah Sibu terus memperkukuh komitmen terhadap usaha pencegahan dadah menerusi penglibatan dalam Program Gotong-Royong anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Masjid Al-Qadim, pagi tadi. 

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Qadim, Suhardy Busserah dan melibatkan aktiviti pembersihan kawasan masjid yang disertai komuniti setempat.

Turut diadakan ialah penyampaian sijil penghargaan kepada penganjur, disempurnakan oleh wakil Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu, Zakaria Mohamad.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi SKUAD Antidadah Sibu, penyertaan dalam gotong-royong itu adalah sebahagian daripada solidariti program pencegahan dadah dan aktiviti SKUAD Prihatin dalam menyantuni komuniti bandar berteraskan konsep MADANI yang menekankan kepedulian, kesejahteraan dan keterangkuman.

SEKITAR program gotong-royong di Masjid Al-Qadim hari ini. Foto: AADK

“Penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan seperti Pemuda PBB Ranting Abang Barieng dan Pemuda PBB Ranting Kampung Datu Baru memperlihatkan semangat kerjasama erat antara SKUAD Antidadah dan Pemuda PBB.

“Selain mengeratkan hubungan, program ini menjadi platform komuniti mendapatkan maklumat usaha pencegahan dadah serta menyertai aktiviti gaya hidup sihat.

“Ia juga menjadi wadah advokasi dan intervensi awal agar masyarakat lebih peka terhadap isu penagihan,” jelas kenyataan itu.

SKUAD Antidadah turut menegaskan komitmen untuk memperluas penganjuran program seumpama ini sebagai sebahagian gerakan nasional memperkukuh kesukarelawanan dan meningkatkan ketahanan komuniti daripada ancaman dadah.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan keluarga nikmati makan tengah hari di Restoran Bombay Spices
Next: Kelas LEADS bantu kurangkan buta huruf di pedalaman Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.