Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SKUAD Antidadah Sibu anjur aktiviti badminton sempena Kempen 5K
  • SUKAN

SKUAD Antidadah Sibu anjur aktiviti badminton sempena Kempen 5K

Utusan Sarawak 1 day ago
PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT… Skuad Antidadah Sibu menganjurkan aktiviti badminton sempena Kempen 5K Ahli SKUAD Antidadah di Dewan MUC, semalam.

SIBU: SKUAD Antidadah Sibu menganjurkan aktiviti badminton sempena Kempen 5K Ahli SKUAD Antidadah di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di sini, semalam.

Aktiviti berkonsepkan amalan hidup sihat itu berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukarelawanan dengan penglibatan ahli komuniti setempat.

Menurut penganjur, program tersebut bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan awal daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

AKTIVITI badmintin bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat.

“Penganjuran aktiviti ini membuktikan kesungguhan dan komitmen SKUAD Antidadah Sibu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam memperkukuh usaha pencegahan secara holistik, inklusif dan berpaksikan kerjasama komuniti,” katanya.

Tema tahun ini, ‘Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama’ diterjemahkan melalui penglibatan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan agenda Lebih Baik Cegah.

Sehubungan itu, SKUAD Antidadah Sibu mengalu-alukan komuniti badminton di daerah ini untuk turut serta dalam program yang sama pada masa akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Peminat Liverpool sindir aksi sulung Alexander-Arnold di Real Madrid
Next: Isu Isak: Pertembungan Newcastle-Liverpool dijangka panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.