Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SKS Airways lantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
  • BISNES

SKS Airways lantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Utusan Sarawak 2 years ago
Dzuleira Abu Bakar

KUALA LUMPUR: SKS Airways Sdn Bhd, yang melancarkan penerbangan komersial dari Subang pada Januari 2022, telah melantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 September depan.

Dzuleira, yang kini telah memberikan notis peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku CEO dan Pengarah Eksekutif semasa Datuk Rohman Ahmad, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rohman bagaimanapun akan kekal dalam lembaga pengarah SKS Airways sebagai Pengarah Eksekutif.

“Dzuleira ialah peneraju berwawasan dengan lebih daripada 20 tahun rekod prestasi cemerlang dalam modal teroka, keusahawanan, pelaburan dan industri teknologi,” kata SKS Airways.

Sementara itu, Dzuleira berkata beliau berbesar hati kerana dilantik sebagai CEO SKS Airways.

Ia adalah masa yang sesuai untuk berada dalam industri penerbangan dan saya teruja dengan visi pemegang saham untuk SKS Airways. Terdapat banyak potensi dalam SKS Airways dan saya tidak sabar untuk menerajui syarikat penerbangan itu, katanya.

Bulan lepas, SKS Airways menjalin kerjasama strategik dengan peneraju industri penerbangan, Embraer Asia Pacific dan Azorra Aviation Holdings, untuk pajakan sepuluh jet satu lorong  Embraer E195-E2 dalam perjanjian bernilai lebih AS$840 juta (RM3.9 bilion) daripada Azorra.

Syarikat penerbangan itu berkata dua jet Embraer E195-E2 pertama akan tiba pada Januari 2024, sekali gus melengkapkan kumpulan pesawat baharu itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ekspo SHEDA 14-16 Julai bantu bakal pembeli rumah
Next: ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion – PNB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.