Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SKMM digesa tangani isu liputan rangkaian di Sarawak
  • TEMPATAN

SKMM digesa tangani isu liputan rangkaian di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzli bersama pengamal media di bilik media Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini untuk meninjau liputan rangkaian di Sarawak. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital sedang mengkaji beberapa langkah untuk menyelesaikan isu sambungan internet di Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzli berkata, masalah yang dihadapi di negeri ini termasuk menara telekomunikasi yang kekurangan peralatan pemancar.

“Saya difahamkan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) sedang memasang lebih 600 menara di Sarawak, tetapi kurang daripada separuh operator rangkaian mudah alih menggunakannya.

“Sebahagian daripada menara ini terletak di kawasan yang mempunyai liputan dan ada kawasan tanpa 4G,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Jelas Fahmi, bagi menangani isu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh meminta atau memberi arahan kepada pengendali rangkaian mudah alih untuk menyediakan perkhidmatan.

“Ini adalah satu perkara yang kami sedang teliti. Kami akan membuat pengumuman dalam masa terdekat,” katanya. 

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Kadar premium tanah perlu ikut nilai semasa lokasi tanah
Next: Bob Yusof lancar single Iban di Kafe Parimpan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.