Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak sedia tenaga kerja berdaya saing
  • PENDIDIKAN

Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak sedia tenaga kerja berdaya saing

Utusan Sarawak 6 hours ago
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) Sarawak bertujuan menyediakan tenaga kerja berpendidikan tinggi, berdaya saing dan mampu memacu ekonomi berpendapatan tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata selain komitmen terhadap pembangunan fizikal dan ekonomi, kerajaan Sarawak juga amat mengutamakan pembangunan modal insan berilmu serta berkemahiran tinggi.

“Sebanyak 64 program sarjana muda dikenal pasti untuk dimasukkan dalam skim itu melibatkan 10,000 pelajar dengan kos RM250 juta.

“Skim ini terbuka kepada semua pelajar layak tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan menyediakan pendidikan sebagai keperluan asas,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2025.

Empat institusi pengajian tinggi milik Sarawak iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS terlibat dengan FTES.

FTES bukan hanya menampung yuran pengajian tetapi menyediakan elaun bulanan kepada mereka yang layak untuk membantu perbelanjaan keperluan asas sepanjang tempoh pengajian.

Skim itu menumpukan kepada program ijazah sarjana muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), perubatan, undang-undang, perakaunan, kewangan dan psikologi selaras dengan keperluan pembangunan bakat di Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak juga komited memperkukuh tahap pendidikan sekolah menengah melalui penubuhan Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS).

“Inisiatif ini merupakan langkah besar dalam strategi pendidikan negeri yang menawarkan kurikulum Cambridge dan menyelaraskan sistem pendidikan Sarawak dengan piawaian antarabangsa,” katanya.

-BERNAMA

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan digital perkasa masa depan pelajar luar bandar – Doris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.