Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Skim insurans khas wajar dipertimbang bagi petugas media – Abdullah Saidol
  • TEMPATAN

Skim insurans khas wajar dipertimbang bagi petugas media – Abdullah Saidol

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol (kiri) beramah mesra bersama petugas RTM Sarawak, Irwan Budi Annuar (kanan) yang sedang menerima rawatan, semasa lawatan di Wad Paliatif, Hospital Umum Sarawak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Petugas media yang bertugas di lapangan wajar dipertimbangkan untuk dilindungi di bawah skim insurans khas bagi menjamin kebajikan dan kemudahan rawatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini semasa menjalankan tugas.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, inisiatif seumpama itu penting terutama bagi petugas media yang terlibat dalam tugasan kritikal dan terdedah kepada pelbagai risiko.

“Memang dari semasa ke semasa, kita menerima maklumat daripada rakan sekerja atau menerusi persatuan seperti Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) bahawa ada wartawan, sama ada yang telah bersara atau masih bertugas, sedang menerima rawatan di hospital atau terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan tugas.

“Di UKAS, melalui Kelab Kebajikan, kita cuba membantu sekadar yang termampu termasuk mengadakan lawatan, namun bagi kes kritikal, saya mencadangkan agar diwujudkan satu skim insurans khas untuk mereka yang berkerja yang terdedah mereka kepada pelbagai risiko terutama sekali di lapangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meluangkan masa menziarahi petugas Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak, Irwan Budi Annuar, yang kini menerima rawatan di Wad Paliatif, di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Abdullah turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada Irwan, termasuk sumbangan kebajikan daripada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Mengulas lanjut, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada KDJA atas usaha berterusan menjaga kebajikan warga media termasuk memberi sokongan moral dan bantuan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai Tabung Kebajikan Wartawan yang pernah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, pada tahun lalu.

“Saya masih ingin tahu tentang pengumuman oleh Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil tahun lepas tentang tabung kebajikan untuk semua wartawan. Saya tak tahu apakah statusnya sehingga kini.

“Saya harap semua wartawan akan dapat manfaat daripada tabung kebajikan tersebut, yang saya kurang pasti skimnya bagaimana, terutama sekali untuk warga kerja media, terutama sekali yang di lapangan, yang terdedah kepada pelbagai risiko lebih dalam keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ini. Saya rasa ramai yang mengalami demam dan sebagainya,” katanya.

Irwan Budi, 51, telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang penyiaran sejak mula menyertai RTM pada 20 Jun 2005.

Beliau pernah bertugas di RTM Kuching, Bintulu, Limbang, serta Unit Multimedia dan Unit Rakam & Khanah RTM Kuching. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UKAS cadang anjur program khas hargai jasa pahlawan
Next: Eksklusif: Warisan Nigeria dalam satu suapan, fufu kini trending di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.