Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ‘Skibidi’, ‘tradwife’, ‘delulu’, ‘broligarchy’. Tak faham, rujuk Kamus Cambridge
  • PENDIDIKAN

‘Skibidi’, ‘tradwife’, ‘delulu’, ‘broligarchy’. Tak faham, rujuk Kamus Cambridge

Utusan Sarawak 2 hours ago

Kamus Cambridge masukkan lebih 6,000 ribuan perkataan baharu termasuk istilah slanga terkini. - Foto hiasan

LONDON: ‘Skibidi’, ‘tradwife’. ‘delulu’ dan beberapa istilah slanga lain yang popular di media sosial kini dimasukkan dalam ribuan perkataan baharu yang ditambah ke dalam Kamus Cambridge tahun ini, lapor PA Media/dpa.

Trend kerja jarak jauh berterusan turut memperkenalkan istilah seperti ‘mouse jiggler’ manakala kebimbangan mengenai perubahan iklim menyaksikan frasa ‘forever chemical’ dimasukkan bersama lebih 6,000 perkataan baharu lain.

Istilah slanga ‘skibidi’ iaitu perkataan tanpa makna khusus, dimasukkan ke dalam kamus dalam talian terbesar dunia itu dalam tempoh 12 bulan lalu.

‘Skibidi’ didefinisikan dalam kamus sebagai ‘perkataan yang boleh membawa pelbagai makna berbeza seperti ‘hebat’ atau ‘buruk’ atau digunakan tanpa sebarang maksud sebagai jenaka.

Contoh penggunaannya: “What the skibidi are you doing?”

Menurut Kamus Cambridge, istilah dicipta oleh pencipta siri animasi tular di YouTube bertajuk “skibidi toilet.”

“Budaya internet sedang mengubah bahasa Inggeris dan kesannya sangat menarik untuk diperhatikan serta didokumentasikan ke dalam kamus,” kata Colin McIntosh, pengurus program leksikal di Kamus Cambridge.

‘Tradwife’, singkatan kepada traditional wife (isteri tradisional), juga semakin popular menurut Kamus Cambridge.

Ia ditakrifkan sebagai wanita yang sudah berkahwin, tinggal di rumah, melakukan tugas seperti memasak, mengemas dan menjaga anak, khususnya mereka yang berkongsi gaya hidup itu di media sosial.

Selain frasa baharu, versi ringkas daripada istilah sedia ada turut ditambah, termasuk ‘delulu’ yang berasal daripada perkataan delusional dengan definisi sama: “mempercayai sesuatu yang tidak nyata atau benar, biasanya kerana memilih untuk berbuat demikian.”

McIntosh berkata, Kamus Cambridge hanya menambah perkataan yang diyakini mampu bertahan dalam jangka panjang.

“Bukan setiap hari perkataan seperti ‘skibidi’ dan ‘delulu’ ditambah ke dalam Kamus Cambridge.

“Kami hanya menambah perkataan yang kami fikir akan kekal lama,” katanya.

Kamus Cambridge menggunakan Cambridge English Corpus, sebuah pangkalan data mengandungi lebih dua bilion perkataan bertulis dan lisan dalam bahasa Inggeris, bagi memerhati bagaimana perkataan baharu digunakan oleh pelbagai pihak, seberapa kerap dan dalam konteks ia digunakan.

Beberapa istilah gabungan seperti ‘broligarchy’ turut ditambah.

Menggabungkan ‘bro’ dan ‘oligarchy’, ia ditakrif sebagai “sekumpulan kecil lelaki, khususnya yang memiliki atau terbabit dalam perniagaan teknologi, yang sangat kaya dan berpengaruh serta mempunyai atau bercita-cita memiliki pengaruh politik.”

Ia pernah digunakan bagi merujuk tokoh teknologi seperti Jeff Bezos, Elon Musk dan Mark Zuckerberg ketika menghadiri upacara angkat sumpah Donald Trump pada Januari. – BERNAMA-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 perkasa belia kuasai STEM, TVET
Next: Generasi muda pewaris masa depan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.