Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • SKF anjur program kesedaran kesihatan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 
  • KESIHATAN

SKF anjur program kesedaran kesihatan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Lau (tengah) bersama pihak pengurusan SKF merakamkan kenangan selepas sidang media sambil menunjukkan kemeja-T rasmi program tersebut.

SIBU: Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) akan menganjurkan program kesedaran kesihatan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 bertempat di premisnya di No. 6, Jalan Chong Jin Bock, pada 8 Mac ini.

Program bertemakan ‘Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua – Menjaga Manusia, Melindungi Planet’ itu akan berlangsung dari 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, menawarkan pelbagai pengisian termasuk saringan kesihatan, pakej ujian darah pada kadar istimewa, ceramah pendidikan perubatan berterusan (CME) serta konsultasi perubatan percuma.

Pengerusi SKF, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, penganjuran program tersebut untuk bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang, menggalakkan pengesanan awal serta mempromosikan amalan gaya hidup sihat secara berterusan.

“Perkhidmatan saringan kesihatan dan ceramah CME bukan sahaja dibuka kepada pesakit dalaman SKF dan ahli keluarga mereka, malah turut melibatkan orang awam sebagai sebahagian daripada komitmen yayasan terhadap pendidikan kesihatan komuniti dan penjagaan pencegahan.

“Bagi menyokong inisiatif ini, SKF turut melancarkan kemeja-T edisi terhad ‘Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua’ pada harga RM12 sehelai. Hanya 1,000 helai ditawarkan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, SKF turut menawarkan pakej ujian darah komprehensif pada harga promosi RM80 berbanding harga biasa RM120. 

“Pakej berkenaan merangkumi pelbagai ujian penting seperti kumpulan darah, hematologi, glukosa, fungsi buah pinggang dan hati, HbA1c, faktor reumatoid, RPR (VDRL), ujian Hepatitis B, antibodi Helicobacter pylori, hormon perangsang tiroid serta analisis air kencing.

“Peserta turut diberi pilihan satu ujian penanda tumor secara percuma sama ada CEA, AFP, PSA atau CA125. Orang ramai dinasihatkan berpuasa sekurang-kurangnya lapan hingga 10 jam sebelum menjalani ujian.

“Ujian darah akan dijalankan di SKF pada 8 Mac ini dari 7.00 pagi hingga 8.00 pagi, manakala orang ramai juga boleh menjalani ujian di Innoquest Pathology Sdn Bhd bermula 9 Mac hingga 31 Disember 2026.

“Dalam pada itu, pakar nefrologi jemputan, Dr Tiong Kung Ung akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Diet Fosfat untuk Pesakit Dialisis’ dan ‘Pengurusan CKD pada Peringkat Awal’ yang memberi fokus kepada kawalan pemakanan, pengesanan awal penyakit serta pengurusan pencegahan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit,” ujarnya.

Turut menyokong program berkenaan ialah Fresenius Medical Care yang akan menyediakan penilaian Fresenius Medical Care, Monitor Komposisi Badan (BCM) untuk membantu menilai status cecair dan komposisi badan pesakit bagi pengurusan dialisis yang lebih tepat.

Orang ramai yang berminat diminta membuat tempahan awal dengan menghubungi SKF di talian 084-343500 kerana tempat adalah terhad dan penyertaan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: 150 peserta hadiri program SEDAR, pupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.