Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SKAS meluaskan jangkauan ke Pasar Sentral Sibu, bantu penjaja tempatan
  • Tengah
  • WILAYAH

SKAS meluaskan jangkauan ke Pasar Sentral Sibu, bantu penjaja tempatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
JOSEPH CHIENG bersama dengan penjaja tempatan dan ahli PBSMM Cawangan Sibu di Pasar Sentral Sibu.

SIBU: Inisiatif memperluaskan penggunaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ke Pasar Sentral Sibu sedang diusahakan bagi memastikan peniaga kecil dan penjaja tempatan turut menikmati manfaat bantuan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, langkah tersebut penting agar penggunaan SKAS tidak hanya tertumpu di pasar raya, sebaliknya dapat diperluaskan ke pasar tradisional yang menjadi sumber rezeki utama ramai keluarga.

Menurutnya, ketika ini penggunaan SKAS masih terhad di premis pasar raya, sekali gus menyebabkan aliran perbelanjaan pengguna lebih memihak kepada premis berkenaan berbanding pasar tempatan.

“Jika SKAS dapat digunakan di Pasar Sentral Sibu, para penjaja juga akan menikmati manfaat sama seperti pasar raya, sekali gus membantu meningkatkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jualan Bendera Tahunan 2026 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Sibu di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

UNTUK ALBUM…Chieng Jin Ek (enam dari kiri) merakam kenangan bersama ahli PBSMM Cawangan Sibu pada Majlis Pelancaran Jualan Bendera Tahunan 2026 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Sibu di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Tambahnya, usaha ke arah itu telah dimulakan melalui pembukaan kaunter pendaftaran khas minggu lalu hasil kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan penyedia perkhidmatan pembayaran digital, Spay Global.

Katanya, kaunter tersebut bertujuan membantu penjaja yang layak mendaftar sebagai peniaga SKAS, sekali gus membolehkan transaksi menggunakan bantuan berkenaan dilaksanakan di pasar itu pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Chieng menggalakkan golongan muda agar aktif menyertai kelab beruniform dan aktiviti kesukarelawanan bagi membentuk kemahiran kepimpinan serta semangat prihatin dalam masyarakat.

Beliau berkata, penglibatan dalam organisasi seperti PBSMM mampu membentuk jati diri belia yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Pada masa sama, beliau memuji peranan sukarelawan PBSMM Sibu yang sentiasa tampil membantu masyarakat ketika berlakunya bencana seperti kebakaran dan banjir.

“Dalam situasi kecemasan, kumpulan sukarelawan sering menjadi antara yang terawal tiba di lokasi untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar terus menyokong usaha PBSMM melalui sumbangan kerana ia mampu memberi impak besar kepada pembangunan generasi muda.

Hadir sama, Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen Hindari Plastik Sekali Guna diperluas ke semua pasar raya Sarikei bermula 1 April
Next: Kerajaan Sarawak tegaskan rumah inisiatif Mutiara bukan untuk dijual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.