Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SKAS 2026 bukti komitmen kerajaan, bantuan lebih telus hingga ke pendalaman Kapit
  • Tengah
  • WILAYAH

SKAS 2026 bukti komitmen kerajaan, bantuan lebih telus hingga ke pendalaman Kapit

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK RAKYAT..Jamit melancarkan Majlis Pelancaran SKAS 2026 Peringkat DUN Bukit Goram dan Pelagus, semalam.

KAPIT: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan, khususnya golongan yang memerlukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, kerjasama erat antara agensi dan jabatan kerajaan serta pemimpin masyarakat amat penting bagi memastikan bantuan dan dasar kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

“Adalah diharapkan bantuan ini dapat diatur dengan lebih baik dan sampai kepada golongan sasar, termasuk mereka yang tinggal di kawasan ulu sungai dan pedalaman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis pelancaran SKAS 2026 Peringkat DUN Bukit Goram dan Pelagus, semalam.

Menurutnya, pendekatan baharu melalui penyaluran bantuan dalam bentuk baucer dan platform digital seperti SpayGlobal membolehkan bantuan disampaikan dengan lebih cepat, sistematik dan telus, selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.

MANFAATKAN SEBAIKNYA…Jamit dan Nyabong berbual dengan orang ramai selepas Majlis Pelancaran SKAS 2026 Peringkat DUN Bukit Goram dan Pelagus, semalam.

Jamit berkata, inisiatif SKAS juga bertujuan memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan, dengan pelaksanaan sumbangan yang diagihkan dalam tiga peringkat sepanjang tahun ini.

Beliau menggesa agar penerima menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya serta terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di Kapit dan Sarawak secara keseluruhan.

Menyentuh isu politik, Jamit mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak menentu, sebaliknya terus menyokong kepimpinan sedia ada.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di bahagian Kapit ketika ini telah menjalankan tugas dengan baik dan sokongan berterusan daripada rakyat amat penting bagi memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan bersama.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang dan Pegawai Daerah Kapit, Thomas Geoffrey Kandawang.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor musnah sarang serangga berbisa di bawah rumah
Next: Ramadan medan perkukuh ibadah dan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.