Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Tudan bakal terima bangunan baharu, naik taraf infrastruktur pendidikan
  • Utara
  • WILAYAH

SK Tudan bakal terima bangunan baharu, naik taraf infrastruktur pendidikan

Utusan Sarawak 1 day ago
PROJEK Pembinaan Semula Bangunan Daif dengan Bangunan Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan, Miri yang bermula pada 22 Ogos lalu dijangka siap sepenuhnya pada 21 Ogos 2027.

MIRI: Infrastruktur pendidikan di kawasan Tudan bakal menerima nafas baharu menerusi pelaksanaan Projek Pembinaan Semula Bangunan Daif dan Pembinaan Bangunan Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan, Miri, bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa dan moden untuk warga sekolah.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kelmarin, projek ini yang bermula pada 22 Ogos lalu dijangka siap sepenuhnya pada 21 Ogos 2027.

“Projek ini menandakan satu langkah signifikan dalam usaha kerajaan meningkatkan mutu prasarana pendidikan luar bandar.

“Antara skop utama projek ini termasuk pembinaan blok akademik tiga tingkat, blok pentadbiran tiga tingkat, blok tandas dan kantin, pondok pengawal serta bilik MSB.

“Selain itu, terdapat juga rumah pam 1 dan 2, serta padang bola sepak baharu bagi kemudahan aktiviti kokurikulum,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, apabila siap kelak, projek ini dijangka memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan selamat kepada murid serta tenaga pengajar SK Tudan.

Justeru, inisiatif ini turut menggambarkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap pelajar, tanpa mengira lokasi, mendapat akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima papan tanda Jejak Warisan Sibu dipasang semula di pusat bandar
Next: 20,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Simunjan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.