Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Sungai Petai jana hasil melalui program hidroponik
  • WILAYAH

SK Sungai Petai jana hasil melalui program hidroponik

Utusan Sarawak 5 months ago

GERAN KHAS.....ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan geran khas sempena majlis makan malam amal PIBG SK Sungai Petai. 

BINTANGOR: Kesungguhan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai menjana pendapatan terbukti dengan kejayaan program hidroponik. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, sekolah tersebut telah menerima bantuan penanaman hidroponik dari Jabatan Pertanian Daerah Sarikei. 

“Saya difahamkan bahawa SK Sungai Petai telah menjana pendapatan bulanan daripada jualan sayur hidroponik. 

“Tahniah SK Sungai Petai kerana tidak pernah mensia-siakan bantuan yang telah diberikan oleh agensi kerajaan,” katanya. 

Koung Hiing berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Petai, malam tadi. 

Dalam pada itu, beliau melihat kesungguhan PIBG SK Sungai Petai untuk turut membantu menjana pendapatan sekolah. 

“Di sini kita tahu betapa pentingnya kerjasama di antara pihak sekolah dan PIBG.

“Kerjasama dan hubungan yang baik seperti ini harus kita teruskan,” katanya. 

Beliau juga mengumumkan akan menaik taraf jalan utama SK Sungai Petai pada 2026 melalui permohonan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong. 

Koung Hiing turut menyerahkan geran khas bernilai RM4,000 sempena majlis makan malam amal PIBG sekolah tersebut. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Menjadi hak anak Sarawak dapat pendidikan percuma, tiada diamalkan negeri lain
Next: Pupuk kreativiti dalam masakan sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.