Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SK Sebemban siap sepenuhnya, komitmen kerajaan Sarawak sedia prasarana pendidikan berkualiti
  • PENDIDIKAN

SK Sebemban siap sepenuhnya, komitmen kerajaan Sarawak sedia prasarana pendidikan berkualiti

Utusan Sarawak 23 hours ago
SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sebemban di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas untuk belajar dalam suasana kondusif akhirnya menjadi kenyataan. 

SARIBAS: Impian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas untuk belajar dalam suasana kondusif akhirnya menjadi kenyataan. 

Bangunan baharu sekolah bernilai hampir RM10 juta itu kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan bagi sesi persekolahan 2026, sekali gus menamatkan kebimbangan terhadap ancaman hakisan sungai di tapak lama.

​Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menyifatkan projek ini sebagai bukti nyata kesungguhan kerajaan Sarawak dalam mengangkat martabat pendidikan luar bandar, khususnya di DUN Saribas.

​”Sekolah ini kini boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Saya meminta pihak sekolah segera berpindah ke bangunan baharu ini sebelum majlis pembukaan rasmi yang dijadualkan pada 12 Januari ini,” tegas beliau semasa Majlis Penyerahan Projek Siap SK Sebemban, hari ini.

DATUK Mohammad Razi Sitam pada Majlis Penyerahan Projek Siap SK Sebemban, hari ini. Foto ADUN Saribas

​Katanya, projek yang bermula sejak 2021 itu berjaya disiapkan meskipun terpaksa menempuh cabaran besar pandemik COVID-19. 

Ia kini dilengkapi blok akademik tiga tingkat, prasekolah, serta sistem infrastruktur moden bagi memberi keselesaan kepada 72 murid serta warga pendidik.

​Selain SK Sebemban, Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas turut membawa suara rakyat kepada Kementerian Pendidikan (KPM) agar terus memberi tumpuan kepada sekolah daif lain di kawasan sekitar seperti di Kampung Buda, Tanjung Assam, dan Supa yang memerlukan tindakan segera.

​”Kita tidak berhenti di Sebemban sahaja. Perhatian sewajarnya mesti diberikan kepada sekolah yang uzur demi menjamin keselamatan dan kelangsungan pendidikan anak-anak kita,” tambahnya.

​Menyentuh mengenai perancangan masa depan, beliau memaklumkan projek menaik taraf SK Datuk Bandar Debak sebagai sekolah kluster besar kini berjalan lancar, dengan tender projek dijangka akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada tahun ini.

​Razi turut menggesa masyarakat setempat untuk memiliki rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan bernilai tinggi tersebut agar ia kekal mampan untuk kegunaan generasi akan datang dalam melahirkan modal insan berkualiti dari Saribas.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu; Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Jason Ng Boon Tuan; Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abu Nawas; Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh; Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Mohd Lela Alamshah serta pemimpin masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Skills catat pencapaian cemerlang penarafan TVET Kebangsaan 2025
Next: Keperluan PT3, UPSR dikaji semula – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.