Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SK Long Luteng dilanda banjir
  • TEMPATAN

SK Long Luteng dilanda banjir

Utusan Sarawak 4 years ago
KAWASAN Klinik Kesihatan Mulu turut ditenggelami air.

MARUDI : Sekolah Kebangsaan (SK) Long Luteng, Ulu Baram dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak petang semalam.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong, akibat kejadian tersebut sebuah jambatan gantung di sekolah tersebut dihanyutkan air, manakala  kuarters Meranti  ditenggelami air sedalam 10 kaki sampai ke atap sehingga dua buah keluarga terpaksa dipindahkan ke bilik guru.

Asrama lelaki sekolah tersebut ditenggelami air sedalam enam kaki, dewan makan di tenggelami air enam kaki, dapur asrama ( 6 kaki ), Kuarters Ramin ( 5 kaki ), asrama perempuan ( 5 kaki ), Kuarters Nyatuh ( 1 kaki ) dan dapur kuarters Kapur( 1 kaki ).

Menurut laporan,  trend air masih naik dan hujan masih turun dengan lebat.

Sementara itu menurut laporan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Pasukan Mencari dan Menyelamat Di Gunung Dan Gua (MOCSAR) pekan Mulu turut terjejas akibat hujan lebat berterusan semalam dan pemantauan akan dilakukan dari semasa  ke semasa.

Menurut laporan awal,  turut terjejas banjir ialah Kampung Melinau Mulu, Kampung Batu Bungan, Klinik Kesihatan Mulu, Sekolah Kebangsaan Batu Bungan dan Pejabat Daerah Kecil Mulu.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Simoi sangkal berita potong barisan PPV
Next: Tiada sabung ayam ketika Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.