Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Lempa miliki dewan serbaguna baharu
  • WILAYAH

SK Lempa miliki dewan serbaguna baharu

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Krian, Friday Belik merasmikan dewan baharu SK Lempa dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Lempa kini berwajah baharu apabila sebuah dewan serbaguna siap dibina dengan menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata dewan tersebut menjadi mercu tanda baharu sekolah dan bakal memberi manfaat besar kepada pelajar, guru serta penduduk sekitar.

Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja untuk kegunaan aktiviti pembelajaran, malah turut menjadi ruang sesuai bagi pelbagai aktiviti sukan, sosial dan komuniti.

“Dewan ini dapat merapatkan lagi perpaduan, menjalin silaturahim serta mengukuhkan kerjasama dalam kalangan masyarakat tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan dewan tersebut semalam.

ADUN Krian, Friday Belik merasmikan dewan serbaguna baharu SK Lempa dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Friday menambah, penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan infrastruktur pendidikan seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau turut mengingatkan agar dewan tersebut dijaga dengan baik supaya dapat digunakan dalam jangka masa panjang demi kepentingan generasi akan datang.

“Apabila terbinanya kemudahan ini, saya yakin ia akan dimanfaatkan sepenuhnya demi pembangunan modal insan dan keharmonian masyarakat setempat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu bapa diingat manfaatkan Program Imunisasi anjuran KKM di Miri
Next: Program ‘Segulai Sejalai’ dianggap berkesan, patut diperluas ke daerah lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.