Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Kampung Sawai terima projek naik taraf bernilai RM900,000
  • Tengah
  • WILAYAH

SK Kampung Sawai terima projek naik taraf bernilai RM900,000

Utusan Sarawak 8 hours ago
RASMI… Dr Safiee Ahmad merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026 sambil mengumumkan dua projek pembangunan infrastruktur sekolah bernilai RM900,000.

DARO: Dua projek pembangunan infrastruktur akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawai tahun ini membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM900,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, projek berkenaan meliputi pembinaan titian belian serta pembinaan gabion bagi mengatasi masalah hakisan tanah di kawasan sekolah.

Menurut beliau, pelaksanaan kedua-dua projek itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan pendidikan yang lebih selamat, kondusif dan berkualiti untuk warga sekolah.

“Penyediaan infrastruktur yang baik merupakan antara keutamaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan murid dan guru, di samping menyokong kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di kawasan luar bandar,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Dr Safiee Ahmad bergambar kenangan bersama guru, murid dan tetamu pada Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kampung Sawai 2026 di sini, semalam.

Dr Safiee berkata, kejohanan sukan bukan sekadar medan persaingan untuk merebut kemenangan, malah menjadi platform penting dalam membentuk sahsiah, disiplin, semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan murid.

“Saya berharap penganjuran program seperti ini akan terus menjadi wadah melahirkan generasi yang sihat, berdaya tahan serta berakhlak mulia,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Sawai bagi membantu penganjuran pelbagai aktiviti sekolah demi manfaat murid serta warga pendidikan.

Turut hadir Guru Besar SK Kampung Sawai, Yahya Lamuji Yang Dipertua PIBG SK Kampung Sawai, Azreen Jul Pegawai Daerah Matu, Hamidah Halpi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Hamad Baduri dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daro, Faizol Hassim.

Oleh Akun Giman

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa pemantauan taska diperketat
Next: Jerayawara PRO-DR 2026 di Limbang tarik sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.