Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Kampong Baru tersenarai dalam ‘projek sakit’, kontraktor dilantik ditamatkan kontrak
  • WILAYAH

SK Kampong Baru tersenarai dalam ‘projek sakit’, kontraktor dilantik ditamatkan kontrak

Utusan Sarawak 9 months ago
SEKITAR tinjauan Alexander Nanta Linggi di Projek pembangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Baru Kapit, hari ini. 

KAPIT: Projek pembangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Baru Kapit yang sepatutnya siap mengikut jadual mengalami kelewatan yang menyebabkan kegusaran di kalangan ibu bapa.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang untuk meninjau situasi tersebut dan mendapati bahawa kontrak kontraktor yang dilantik telah ditamatkan.

Menurut Nanta, proses untuk melantik kontraktor baru dijangka memakan masa sehingga setahun.

“Keadaan ini menyebabkan ibu bapa terpaksa menunggu lebih lama sebelum anak-anak mereka dapat kembali ke sekolah,” katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu telah bertemu dengan wakil kontraktor dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap prestasi kerja yang telah menyebabkan kesulitan kepada pelajar dan pihak berkepentingan.

Walaupun projek ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri, katanya, sebagai wakil rakyat beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil langkah terbaik untuk mempercepatkan penyelesaian projek ini.

Terdahulu, Nanta telah singgah di Pejabat Pendidikan Kapit untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekolah di daerah tersebut yang memerlukan pembaikan atau pembinaan semula.

Menurutnya, terdapat 49 sekolah di Daerah Kapit, dengan 45 daripadanya adalah sekolah rendah dan selebihnya adalah sekolah menengah.

“Daripada jumlah tersebut, 14 sekolah di Kapit, Song dan Belaga telah diangkat oleh JKR Sarawak untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan bangunan daif dengan kos sebanyak RM2.2 juta.

“Buat masa ini, kerja-kerja telah dimulakan di lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita dikejutkan, ular tedung menjalar di tingkap rumah
Next: Rumah PPRT di Kampung Jemoreng, Matu terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.