Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Kambug perlukan jambatan baharu, jejas keselamatan warga sekolah
  • WILAYAH

SK Kambug perlukan jambatan baharu, jejas keselamatan warga sekolah

Utusan Sarawak 19 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil telah mengadakan lawatan rasmi ke SK Kambug bagi meninjau keperluan segera infrastruktur sekolah tersebut hari ini. Foto UKAS

PADAWAN: Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil telah mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug bagi meninjau keperluan segera infrastruktur sekolah tersebut hari ini.

Lawatan ini diadakan atas permintaan pihak sekolah dan komuniti setempat yang memohon pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan lama yang uzur dan tidak selamat.

Menurut beliau, jambatan tersebut merupakan laluan utama menyeberangi Sungai Biak, digunakan oleh 123 murid, 16 guru dan tujuh kakitangan SK Kambug setiap hari.

“Lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keperluan pembangunan di sekolah ini, terutama jambatan yang amat penting demi kelangsungan pendidikan anak-anak di kawasan ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Guru Besar SK Kambug Mollin Katis, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching serta ketua-ketua masyarakat setempat.

TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil telah mengadakan lawatan rasmi ke SK Kambug bagi meninjau keperluan segera infrastruktur sekolah tersebut hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, JKR Bahagian Kuching telah diarahkan untuk menjalankan penilaian penuh bagi pembinaan jambatan baharu yang boleh dilalui kenderaan, sama ada dalam bentuk  logam atau konkrit.

Selain itu, kajian turut melibatkan pembinaan jalan penghubung, tempat letak kenderaan dan kolam takungan bagi mengelak hakisan dan tanah runtuh.

“Kita telah memperuntukkan RM90,000 sebelum ini untuk peralatan sekolah termasuk meja baharu. Bagi jangka panjang, kita akan pertimbang pembinaan dewan serbaguna, padang dan kemudahan lain yang diperlukan,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong turut memaklumkan bahawa langkah seterusnya bergantung kepada laporan teknikal dan reka bentuk daripada JKR serta kelulusan dan peruntukan daripada kerajaan Sarawak.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM6.2 juta majukan Kampung Sapit
Next: ADUN Opar serah 54 geran MRP, UNIFOR kepada NGO dan institusi agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.