Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Kabo Hilir anjur Piala YB Friday Belik, tawar hadiah RM4,000 kepada juara
  • WILAYAH

SK Kabo Hilir anjur Piala YB Friday Belik, tawar hadiah RM4,000 kepada juara

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERTANDINGAN Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala YB Friday Belik pada 25 hingga 26 April depan bertempat di Padang Bola Sepak SK Kabo Hilir, Saratok. Foto SK Kabo Hilir

SARATOK: Sekolah Kebangsaan (SK) Kabo Hilir bakal menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala YB Friday Belik pada 25 hingga 26 April nanti bertempat di Padang Bola Sepak SK Kabo Hilir, Saratok.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu dijangka menghimpunkan sehingga 30 pasukan terawal dari sekitar daerah dan kawasan berhampiran bagi merebut kejuaraan serta hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah ribuan ringgit.

Menurut penganjur, pertandingan tersebut menawarkan hadiah lumayan kepada tiga pasukan terbaik dengan juara membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala dan pingat, manakala naib juara menerima RM1,000 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula akan menerima RM500 selain piala dan pingat sebagai penghargaan atas pencapaian mereka sepanjang kejohanan berlangsung.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM300 bagi setiap pasukan, dengan bayaran tempahan slot sebanyak RM100 yang tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri selepas pendaftaran dibuat.

Pihak penganjur memaklumkan penyertaan adalah terhad kepada 30 pasukan sahaja dan kejohanan akan dibatalkan sekiranya jumlah penyertaan kurang daripada 20 pasukan.

Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 21 April depan dan semua pasukan yang berminat disarankan untuk membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia kejohanan, Majuni Tom di talian 011-16221604. 

Kejohanan ini diharap dapat memeriahkan aktiviti sukan komuniti serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Komuniti Kampung Melango Baru dibina melalui RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.