Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SK Batang Lassa akan dibina semula di tapak baharu, peruntukan RM57 juta diluluskan
  • PENDIDIKAN

SK Batang Lassa akan dibina semula di tapak baharu, peruntukan RM57 juta diluluskan

Utusan Sarawak 6 days ago
SAFIEE Ahmad bersama penerima sumbangan pelajar ke IPT di Masjid Daerah Daro hari ini. Foto Pusat Khidmat DUN Daro

DARO: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM57 juta bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Lassa di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), sekali gus bakal menambah sebuah lagi sekolah baharu di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata projek berkenaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia memandangkan kosnya melebihi RM50 juta.

“Projek ini melibatkan pemindahan sekolah sedia ada ke tapak baharu yang lebih selamat berikutan ancaman hakisan tanah di lokasi lama.

“Buat masa ini, kerajaan sedang meneliti kaedah penyediaan bangunan sementara bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada pelajar Daerah Daro yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), hari ini.

Menurut Safiee, kerajaan Sarawak juga giat menaik taraf kemudahan pendidikan melalui pelbagai inisiatif negeri walaupun sekolah berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Antaranya pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) termasuk pembinaan dewan dan penambahbaikan infrastruktur asas seperti bilik darjah dan kemudahan lain.

“Projek membaik pulih sekolah daif turut giat dijalankan dengan dana kontra berjumlah RM1 bilion disediakan kerajaan negeri. Di kawasan Daro, beberapa sekolah seperti SK Pantri, SK Ulu Daro, SK Nanga dan SK Penasu telah siap dengan blok kelas baharu menggunakan Sistem Binaan Industri (IBS),” katanya.

Safiee berkata, SK Tebaang juga telah siap dan dijangka boleh digunakan dalam masa terdekat, manakala beberapa sekolah lain termasuk SK Campuran masih dalam pelaksanaan dan menunjukkan kemajuan positif.

Beliau menambah, kerajaan negeri turut melaksanakan projek rakyat bernilai RM45 juta bagi pembinaan baharu SK Kampung Penasu yang kini diselia JKR.

“Walaupun terdapat sedikit kelewatan, usaha sedang dipergiat untuk menyegerakan pembinaannya. Secara keseluruhan, usaha berterusan ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan luar bandar demi menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif serta meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar,” jelasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Projek rintis veteran ATM sebagai warden MRSM berpotensi diperluas ke seluruh negara
Next: i-CATS dan Istanbul Teknik University perkukuh kerjasama aeroangkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.