Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Abang Ali rai kejayaan murid khatam al-Quran, blok baharu dirasmikan
  • Tengah
  • WILAYAH

SK Abang Ali rai kejayaan murid khatam al-Quran, blok baharu dirasmikan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIMBOLIK...Dayang Norjihan melakukan simbolik perasmian blok bangunan pentadbiran baharu Blok Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani

SIBU: Seramai 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran menerusi Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah yang berlangsung di Dewan Seminar SK Abang Ali, petang tadi.

Majlis itu telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yang hadir mewakili keluarga sebagai menghargai peranan sekolah dalam pendidikan Islam dalam kalangan generasi muda.

DAYANG NORJIHAN….Memotong pulut kuning sambil diperhatikan Yusnar (dua kiri), Abang Khadari (dua kanan) serta yang lain.

Dalam ucapannya, Dayang Norjihan merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, khususnya guru-guru Pendidikan Islam dan KAFA yang membimbing murid dengan penuh dedikasi hingga berjaya khatam al-Quran pada tahun ini.

Menurutnya, Majlis Khatam al-Quran bukan sekadar simbolik menamatkan bacaan, tetapi ia adalah manifestasi kecintaan kepada al-Quran sebagai panduan hidup, sumber ketenangan serta pedoman membentuk sahsiah mulia.

BLOK Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani

“Usaha memperkukuhkan budaya membaca dan menghayati al-Quran amat penting dalam menghadapi cabaran sosial dan moral era digital masa kini,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran program berterusan seperti itu turut selari dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030)  dalam aspek pemerkasaan pendidikan rohani dan pembangunan modal insan berintegriti.

MAJLIS Khatam al-Quran Sk Abang Ali

Pada majlis sama, turut berlangsung perasmian Penamaan Blok Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani sempena penghargaan kepada almarhumah Juma’ani atas sokongan dan sumbangan terhadap pembangunan pendidikan serta kebajikan masyarakat di negeri ini.

Dayang Norjihan berkata, penamaan tersebut membawa makna besar kepada keluarganya dan berharap blok baharu itu menjadi pusat kecemerlangan murid dalam bidang akademik, keagamaan dan sahsiah.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Ali, Dato Mohamad Yusnar Matalie dan Guru Besar SK Abang Ali, Abang Khadari Abang Bolhassan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Warga PAWE Pusa peroleh kemahiran asas pertolongan cemas daripada APM Betong
Next: Piala Presiden Pestasa 2025 tawar hadiah RM1,000, 24 pasukan bakal berentap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.