Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Abang Abdul Rahman Saratok terus dinaik taraf selari aspirasi pendidikan nasional
  • WILAYAH

SK Abang Abdul Rahman Saratok terus dinaik taraf selari aspirasi pendidikan nasional

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAH TAPAK… Gapor Ahmad telah hadir mewakili ADUN Kalaka ke Majlis Serah Tapak projek RTP SK Abang Abdul Rahman Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARA­TOK: Bangunan dan prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman, Saratok akan terus dibantu dan dinaik taraf bagi memastikan kemudahan pendidikan di sekolah berkenaan selari dengan aspirasi pendidikan nasional.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha menaik taraf itu penting bagi mengukuhkan ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang moden, kondusif serta inklusif demi merangsang kecemerlangan anak-anak di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, projek naik taraf Bangunan SK Abang Abdul Rahman Saratok tersebut akan dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana projek.

Katanya, pelaksanaan projek itu juga memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara menyeluruh tanpa mengira lokasi.

SERAH TAPAK… Gapor Ahmad telah hadir mewakili ADUN Kalaka ke Majlis Serah Tapak projek RTP SK Abang Abdul Rahman Saratok, semalam. Foto ADUN Kalaka

“Bangunan dan prasarana sekolah akan terus diberi perhatian supaya persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan berdaya saing dapat diwujudkan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad telah hadir mewakili ADUN Kalaka ke Majlis Serah Tapak projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), di sini semalam.

Majlis tersebut menandakan permulaan rasmi pelaksanaan projek naik taraf yang dijangka memberi impak positif kepada warga sekolah serta komuniti setempat.

Wujudnya projek naik taraf seperti ini, ia diyakini dapat menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan sesuai untuk murid-murid menjalani proses pembelajaran harian.

Selain itu, kemudahan yang lebih baik turut membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

Usaha berterusan ini tambah Mohamad Duri diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang lebih cemerlang, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan seiring pembangunan pendidikan negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong santuni mangsa kebakaran Kampung Hulu Sessang, JKM salur bantuan RM12,300
Next: Harden bangga prestasi kontraktor siapkan Projek Rintis SK Batu Lintang tepat masa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.