Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SJKC Kiang Hin giat promosi pendidikan digital
  • Tengah
  • WILAYAH

SJKC Kiang Hin giat promosi pendidikan digital

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memajukan inovasi pendidikan demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Pengerusi Lembaga Pengarah SJK(C) Kiang Hin, Kapitan So Teck Kee, berkata sekolah tersebut berusaha ke arah mencapai matlamat “Kiang Hin Pertama” dengan fokus kepada pendidikan bermutu tinggi dan penggunaan teknologi pintar dalam pengajaran.

“Kami giat mempromosikan pendidikan digital sebagai usaha untuk memastikan murid mencapai keseimbangan dalam akademik, teknologi, dan pembangunan sahsiah.

“Sekolah juga berhasrat menyediakan peluang pembelajaran yang saksama bagi semua murid, agar mereka dapat mengejar impian dan menjadi warganegara yang berwawasan global serta berjiwa patriotik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah dan Penutupan Tahun Persekolahan 2024/2025 SJKC Kiang Hin di sini, hari ini.

Menurutnya, SJK(C) Kiang Hin telah menempuh perjalanan 97 tahun yang penuh dengan kejayaan, melahirkan individu-individu yang kini berjaya dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, kebudayaan, dan pendidikan.

“Mereka bukan sahaja memberi sumbangan besar kepada pembangunan masyarakat, tetapi turut memainkan peranan penting dalam kemajuan negara.

“Keberhasilan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan sekolah, tetapi juga merupakan pengiktirafan terhadap semangat pendidikan SJKC Kiang Hin yang terus diterima oleh masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru setiap murid supaya bersyukur atas peluang pembelajaran yang disediakan oleh sekolah dengan membina pemikiran inovatif, dan semangat kerja berpasukan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 14 warga sekolah dipindah ke tempat selamat, laluan masuk ditenggalami air
Next: Bomba pantau 3 lokasi berisiko banjir malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.