Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SJK(C) Chung Hua Bintulu dinaik taraf di bawah peruntukan RTP
  • Utara
  • WILAYAH

SJK(C) Chung Hua Bintulu dinaik taraf di bawah peruntukan RTP

Utusan Sarawak 6 hours ago
JOHNNY Pang Leong Ming meninjau kerja pembinaan laluan berbumbung dan baik pulih kemudahan di SJK(C) Chung Hua Bintulu bersama wakil JKR dan pihak sekolah.

BINTULU: Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Bintulu kini menjalani kerja-kerja naik taraf infrastruktur melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Menurut Johnny Pang, projek tersebut melibatkan pembinaan laluan berbumbung di luar kawasan sekolah serta penyelenggaraan bangunan sedia ada, bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan murid serta warga sekolah.

“SJK(C) Chung Hua merupakan sekolah bersejarah yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang. Namun, banyak kemudahan fizikal kini semakin uzur dan memerlukan pembaikan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menekankan kepentingan kemudahan seperti laluan berbumbung, terutamanya dalam memastikan keselamatan pelajar semasa cuaca hujan.

“Kemudahan sebegini tidak boleh dipandang ringan. Ia penting untuk memastikan pelajar tidak terdedah kepada bahaya, terutama ketika bergerak antara bangunan semasa hujan.”

Johnny Pang juga memberi jaminan bahawa beliau akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan RTP bagi menaik taraf lebih banyak sekolah di kawasan Tanjong Batu secara berperingkat.

“Pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara. Kita mesti memastikan setiap anak mendapat peluang belajar dalam persekitaran yang kondusif dan selamat,” ujarnya.

Beliau berharap kerja-kerja naik taraf ini akan memberikan impak positif terhadap suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rolland Duat rasmi projek naik taraf Simpang Jalan Balak ke SK Nanga Jambu
Next: Taman Desa Wira flood mitigation project progressing well, says Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.