Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SJA anjur Pertandingan Fotografi Pelajar sempena HAWANA Peringkat Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SJA anjur Pertandingan Fotografi Pelajar sempena HAWANA Peringkat Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
SIDANG MEDIA….Florence (duduk, kanan), Helen (duduk, kiri) merakam kenangan bersama ahli jawatankuasa SJA selepas sidang media, baru-baru ini.

SIBU: Persatuan Wartawan Sibu (SJA) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Pelajar Sekolah Menengah sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Peringkat Bahagian Sibu.

Presiden SJA, Florence Nervyn, berkata pertandingan itu mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, yang membantu menyelaras penyertaan pelajar dengan jadual kokurikulum sekolah.

“Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada dunia fotografi, malah menggalakkan mereka memahami nilai budaya setempat dengan lebih dekat,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berusia antara 13 hingga 19 tahun, dengan setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum lima keping foto asli bersaiz 12R (8×12 inci) tanpa logo.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Julai 2025, dan semua hasil karya perlu dihantar ke Pejabat SJA di Wisma See Hua, Jalan Tun Abang Haji Openg, atau melalui pos ke P.O. Box 20, 96007 Sibu, Sarawak.

Penilaian akan dibuat berdasarkan keaslian idea, kesesuaian tema, kualiti gambar dan kreativiti dalam penyampaian mesej.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM800 berserta sijil penghargaan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM500 dan RM300. Lima hadiah sagu hati bernilai RM100 turut disediakan.

Pelajar atau guru yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia pertandingan di talian 016-8663902 (Florence) atau 011-54513544 (Helen Tang).

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Helen Tang, bersama beberapa ahli jawatankuasa SJA.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tiga sistem perparitan dinaik taraf bagi tangani banjir kilat
Next: BBP Bintangor perkasa rondaan cegah pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.