Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025
  • SUKAN

Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
JAGUH skuasy wanita negara S. Sivasangari.

KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka British 2025 di Birmingham hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua di Birmingham Repertory Theatre pemain ranking kelapan dunia itu memerlukan 45 minit untuk mencatat kemenangan 12-10, 9-11, 11-8, 11-7 ke atas wakil India Ahanat Singh.

Menanti Sivasangari di pusingan ketiga, pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun Satomi Watanabe yang turut mara selepas menewaskan pemain Perancis Melissa Alves 11-8, 11-5, 11-1.

Terdahulu, Sivasangari bergelar satu-satunya wakil wanita Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan tersebut selepas Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi tersingkir awal.

Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow juga kalah kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua awal pagi tadi. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal terbaik di Eropah? Carta UEFA menidakkannya, malah di belakang United
Next: Piala Dunia Kelab Fifa bernilai RM4.7 bilion bakal buka tirai, tapi sambutan masih dingin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.