Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Situasi banjir Sarawak terus pulih, semua PPS di Serian ditutup
  • TEMPATAN

Situasi banjir Sarawak terus pulih, semua PPS di Serian ditutup

Utusan Sarawak 3 hours ago
NFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat 4.00 petang hari ini. Foto: APM Sarawak

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila trend pemindahan mangsa terus menurun dengan jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif kini hanya lima setakat 4.00 petang hari ini.

Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, semua PPS yang dibuka di Bahagian Serian sebelum ini telah ditutup sepenuhnya selepas keadaan banjir di kawasan berkenaan beransur pulih dan selamat untuk penduduk pulang ke rumah masing-masing.

Antara PPS yang ditutup ialah Dewan Ranchan, Dewan Kampung Slabi Entukuh, Dewan Masyarakat Serian, Stadium Tertutup Bola Keranjang serta PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Putih, masing-masing ditutup pada 2.00 petang tadi.

Di Bahagian Sibu, hanya sebuah PPS masih beroperasi iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek yang menempatkan seramai enam mangsa daripada satu Ketua Isi Rumah (KIR), dengan jumlah mangsa kekal berbanding laporan sebelum ini.

Sementara itu, Bahagian Bintulu merekodkan peningkatan jumlah mangsa di Dewan Suarah Bintulu yang kini menempatkan seramai 282 mangsa daripada 85 KIR susulan pertambahan penduduk dipindahkan akibat paras air yang meningkat.

Di Daerah Sebauh pula, PPS Balai Raya Sebauh mencatatkan jumlah mangsa kekal iaitu 150 mangsa daripada 54 KIR, manakala Dewan Sri Kemena SMK Sebauh menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa berkurang kepada 184 mangsa daripada 54 KIR.

Selain banjir, sebuah PPS masih beroperasi bagi insiden tanah runtuh di Awah Gawai Nrangan Biriyak, Kampung Krusen Kranji, Serian yang menempatkan seramai 28 mangsa daripada lima KIR, dengan situasi dilaporkan stabil.

Secara keseluruhan, sebanyak lima PPS masih aktif di seluruh Sarawak dengan melibatkan 199 KIR dan 650 mangsa, manakala trend pemindahan mangsa dilaporkan terus menurun selaras dengan keadaan cuaca yang semakin baik.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ahmad Selihin dilantik Pengarah Baharu JBALB
Next: Kecurian rim tayar di apartment timbulkan persoalan keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.