Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Siti Noralyaa, atlet angkat berat SUKMA meninggal dunia akibat kanser
  • SEMASA

Siti Noralyaa, atlet angkat berat SUKMA meninggal dunia akibat kanser

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO Facebook MSN Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.

Allahyarham yang pernah memenangi pingat gangsa kategori 71 kilogram pada SUKMA 2022 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sekitar 7.40 malam di sisi ahli keluarganya.

Mat Marzuki Mat Jusoh, 51, berkata anak perempuan sulungnya itu terlantar dan dirawat di hospital berkenaan sejak Jun lepas setelah disahkan menghidap kanser payudara peringkat empat.

“Arwah menderita penyakit ini sejak Januari lepas tetapi dia merahsiakan penderitaannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Nor Alyaa selamat dikebumikan kira-kira 11.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara,” katanya ketika dihubungi.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bangkai helikopter kemalangan dinaikkan esok atau lusa – Komander PGU
Next: Tun Dr Mahathir berehat di IJN kerana keletihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.