Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Siswazah digalakkan sertai program agropreneur muda
  • NASIONAL

Siswazah digalakkan sertai program agropreneur muda

Utusan Sarawak 5 years ago

TUMPAT, 15 Jun -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kanan) menanyakan sesuatu kepada salah seorang penerima geran Agropreneur Muda Pengusaha Fertigasi Lada Solok dari Machang Khairul Anuar Che Shaari, 36, (tengah) sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Agropreneur Muda Negeri Kelantan 2020 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bakat Baru Kampung Paloh Palekbang hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kanan) menanyakan sesuatu kepada salah seorang penerima geran Agropreneur Muda Pengusaha Fertigasi Lada Solok dari Machang Khairul Anuar Che Shaari, 36, (tengah) sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Agropreneur Muda Negeri Kelantan 2020 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bakat Baru Kampung Paloh Palekbang semalam. •Foto BERNAMA

TUMPAT: Siswazah digalakkan menyertai Program Agropreneur Muda dalam usaha kerajaan meremajakan sektor itu, sekali gus boleh mengurangkan pengangguran dalam kalangan lepasan institusi pengajian tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata kementerian itu telah bekerjasama dengan Kementerain Pengajian Tinggi dalam usaha menarik lebih ramai siswazah menyertai aktiviti pertanian.

“Tak mudah bagi kerajaan untuk membangunkan sektor ini dengan hanya penglibatan daripada golongan tua. Kita bukan sahaja mahu menarik minat anak muda tetapi juga golongan siswazah untuk menceburi bidang pertanian.

“Ini kerana pelbagai perubahan seperti mekanisasi, automasi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.40) akan mudah dilakukan dengan penglibatan golongan cerdik pandai ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agropreneur Muda Negeri Kelantan 2020 di Dewan Pejabat Kada Jajahan Tumpat, Kampung Paloh, Palekbang di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Abdul Aziz Kadir dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Nik Roslan Idris.

 Che Abdullah berkata sektor pertanian menjanjikan masa depan yang cukup baik menerusi pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan untuk individu yang berminat menceburi bidang berkenaan.

Beliau berkata sejak Program Agroprenuer Muda diperkenalkan pada 2016, setakat ini seramai 6,005 peserta telah mendapat bantuan geran masing-masing berjumlah RM20,000 membabitkan dana keseluruhan bernilai RM104.35 juta.

Katanya bagi Kelantan sahaja, seramai 378 peserta Agropreneur Muda telah menerima geran bantuan berjumlah RM6.46 juta manakala bagi Fasa 1 2020 pula membabitkan 44 peserta dengan pemberian geran berjumlah RM0.67 juta.

“Skop program merangkumi bantuan geran berbentuk barangan bernilai sehingga RM20,000 bagi projek baharu, menyediakan bantuan modal melalui Pakej Pembiayaan Khas Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sehingga RM50,000 dan Agrobank sehingga RM200,000 bagi projek pengembangan dan kursus jangka pendek di bawah kementerian.

“Program Agropreneur Muda ini membabitkan aktiviti tanaman, ternakan, perikanan, Industri Asas Tani (IAT) berasaskan makanan, agropelancongan dan pemasaran dengan peserta mestilah berumur antara 18 hingga 40 tahun,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Rais antara lima angkat sumpah sebagai senator
Next: Buat ujian saringan Covid-19 sebelum pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.