Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Siswa Vietnam, Singapura sertai 172 sukarelawan Misi YSS-ASEAN ke Sarawak
  • PENDIDIKAN

Siswa Vietnam, Singapura sertai 172 sukarelawan Misi YSS-ASEAN ke Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berucap sempena Majlis Penutup Malam Ini Warisan Kita bagi program berkenaan di Kanowit malam tadi. Foto Facebook Aaron Ago Dagang

SIBU: Seramai 172 sukarelawan siswa, termasuk lapan peserta dari Vietnam dan dua dari Singapura, menyertai program MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2025, selaras dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata program yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) itu bertujuan membina jambatan antara komuniti serta menggalakkan pemahaman budaya dalam kalangan belia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Majlis Penutup Malam Ini Warisan Kita bagi program berkenaan di Kanowit malam tadi.

MAJLIS Penutup Malam Ini Warisan Kita bagi program berkenaan di Kanowit malam tadi. Foto Facebook Aaron Ago Dagang

Menurutnya, pelaksanaan projek komuniti seperti pengindahan kampung, dapur komuniti, kem kepimpinan dan program saringan kesihatan mampu memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya, di tangan generasi muda seperti anda, tersimpan harapan baharu untuk Malaysia yang lebih inklusif, matang dan berperikemanusiaan. Perpaduan sejati tidak hanya terjamin melalui dasar kerajaan, tetapi apabila rakyat memilih untuk memahami, menghormati dan meraikan perbezaan,” katanya. 

Beliau turut menyeru para sukarelawan untuk menjadi ejen perubahan dan membawa semangat perpaduan ke universiti, tempat kerja dan komuniti masing-masing.

Tema “Perpaduan Melalui Kesukarelawanan” dipilih bagi menekankan komitmen bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan aktif masyarakat, khususnya belia, dalam kerja khidmat masyarakat dan aktiviti rentas budaya.

Sehingga Oktober 2025, YSS telah melaksanakan 86 misi sukarelawan dan melahirkan 2,284 alumni, termasuk 273 peserta dari ASEAN dan China.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Usaha Petronas-SEB bantu perkasa pendidikan murid pedalaman
Next: Bengkel AI perkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman pelajar UPMS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.