Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem saliran di Rumah Lim Sabang bakal dinaik taraf
  • Selatan
  • WILAYAH

Sistem saliran di Rumah Lim Sabang bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 2 days ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka telah turun padang mengadakan lawatan tapak ke Rumah Lim Sabang Metong, Roban bersama agensi pelaksana, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

ROBAN: Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar terus diperkasakan apabila penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal menikmati manfaat menerusi pelaksanaan projek naik taraf sistem saliran.

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, telah mengadakan lawatan tapak ke Rumah Lim Sabang Metong, bersama agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Betong.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau lokasi bagi projek menaik taraf parit yang bakal dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN N.38 Kalaka bagi 2025.

Menurut Mohamad Duri, projek tersebut amat penting bagi memperbaiki sistem saliran sedia ada dan mengurangkan risiko banjir yang sering menjejaskan penduduk terutama ketika musim hujan.

“Projek ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan daripada menikmati pembangunan infrastruktur yang menyeluruh.

“Masalah berkaitan parit dan saliran akan terus diberi perhatian demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk,” katanya.

Tambah beliau, projek itu dijangka memberi impak besar kepada penduduk Rumah Lim Sabang Metong dengan memastikan aliran air yang lebih lancar serta persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 26 JKKK hadiri Libat Urus RTP di Saratok
Next: Pokok tumbang halang jalan, bekalan elektrik terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.