Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem peparitan dinaik taraf, atasi risiko limpahan air
  • Tengah
  • WILAYAH

Sistem peparitan dinaik taraf, atasi risiko limpahan air

Utusan Sarawak 1 day ago
SAKSI… Kapitan Ling Dien Yong (kanan) menyaksikan penyerahan siap kerja projek naik taraf sistem peparitan di Rumah Tlajan Lat, Jalan Kim San, semalam. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei 

SARIKEI: Projek menaik taraf sistem peparitan di Rumah Tlajan Lat, Jalan Kim San, siap dilaksanakan sepenuhnya, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk setempat terutama ketika musim hujan.

Projek tersebut dilaksanakan di bawah Program Mesra Rakyat (PMR) bagi Parlimen Sarikei hasil inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Lawatan pengesahan siap kerja projek tersebut telah dijalankan oleh Kapitan Ling Dien Yong, selaku wakil kepada Tiong Sii, semalam. 

Projek naik taraf dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei sebagai agensi pelaksana dengan objektif menambah baik sistem saliran di kawasan perumahan penduduk dan mengurangkan risiko limpahan air semasa hujan lebat.

Tiong Sii berkata, pembangunan infrastruktur asas seperti sistem peparitan amat penting bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat luar bandar terus terjamin.

“Kita bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembinaan jalan atau kemudahan besar, tetapi juga menambah baik keperluan asas yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk sistem peparitan yang berfungsi dengan baik. 

“Pelaksanaan projek ini membuktikan bahawa keperluan rakyat sentiasa diberi perhatian dan dilaksanakan mengikut keutamaan di bawah program pembangunan luar bandar.

“Kerajaan akan terus berusaha memastikan setiap permohonan rakyat diberi perhatian sewajarnya supaya penduduk luar bandar menikmati kemudahan yang lebih selesa dan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Turut hadir Penolong Jurutera DID Bahagian Sarikei, Aneves Lang, Tuai Rumah Anthony Suding dan Tuai Rumah Tlajan Lat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng dijalankan waktu malam elak gangguan trafik
Next: BBP Sarikei perkukuh ilmu keselamatan kebakaran melalui ceramah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.