Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sistem Hansard parlimen baharu mudahkan capaian rekod rasmi parlimen
  • TEKNOLOGI

Sistem Hansard parlimen baharu mudahkan capaian rekod rasmi parlimen

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Digital Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Penyerahan Projek Hansard Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai sistem pengurusan aplikasi Hansard baharu yang berupaya memperkasakan kecekapan tadbir urus persidangan melalui kaedah perekodan dan capaian rekod rasmi perbahasan lebih bersepadu.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata inisiatif strategik menerusi GovTech Malaysia itu direka bentuk bagi membolehkan akses kepada dokumen penting Parlimen menjadi lebih pantas dan sistematik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada naskhah fizikal.

“Melalui pelaksanaan sistem ini, akses kepada rekod hansard akan menjadi lebih mudah, pantas dan sistematik sekali gus membantu meningkatkan ketelusan, kecekapan serta kebolehcapaian maklumat kepada pihak berkepentingan dan rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Hansard Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Gobind berkata Kementerian Digital melalui pendekatan Keseluruhan Kerajaan akan terus menerajui transformasi digital negara bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan kekal berfokuskan kepada keperluan rakyat. 

YANG Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menurunkan tandatangan sebagai simbolik penerimaan Projek Hansard Parlimen daripada Menteri Digital Gobind Singh Deo pada Majlis Penyerahan Projek Hansard Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

“Sudah tiba masanya kita menyediakan platform digital yang membolehkan semua pihak berurusan secara lancar dengan matlamat utama kita ialah memastikan tiada siapa pun yang tercicir di dalam sebuah persekitaran digital yang boleh dipercayai,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Digital dalam kenyataan memaklumkan sistem baharu berkenaan menukar format hansard lama daripada bentuk format dokumen mudah alih (PDF) kepada sistem digital yang lebih pintar. 

Sistem itu membolehkan orang ramai membuat carian kata kunci merentas pelbagai sesi persidangan secara serentak, melihat analisis aliran perbahasan menerusi “awan kata” atau word cloud dan menapis hasil carian mengikut nama Ahli Parlimen. 

“Sistem ini berfungsi sebagai platform digital untuk memudahkan carian dan analisis namun ia tidak menggantikan dokumen hansard rasmi yang diterbitkan oleh Parlimen.

“Semua data adalah berdasarkan sumber rasmi bagi menjamin ketepatan dan integriti maklumat,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Airbus selesai lakukan penerbangan sulung jet jarak jauh ultra
Next: Sarawak pacu revolusi hidrogen, perkukuh kedudukan sebagai hab tenaga hijau serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.