
SIBU: Perkhidmatan bagi eLASIS, Mobile LASIS, dan perkhidmatan Kaunter Pejabat Tanah Dan Survei Bahagian Sibu kini tidak dapat dicapai atau diakses berikutan masalah pelayan tidak berfungsi (server down).
Dalam satu kenyataan, pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sedang menangani perkara ini dengan segera dan akan terus memantau serta menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.
Sebarang pertanyaan mengenai urusan berkaitan bolehlah menghubungi Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu di talian 084-326099 sambungan 224 & 242 atau melalui emel ke landsurvey@sarawak.gov.my.
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Oleh Akun Giman