Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sistem Bayaran Mudah Warga Emas dilancar di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Sistem Bayaran Mudah Warga Emas dilancar di Kuching

Utusan Sarawak 13 hours ago
JELASKAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika lawatan tapak Sistem Parkir Pintar Baharu di Jalan Song Thian Cheok, hari ini.

KUCHING: Golongan warga emas kini tidak lagi perlu bimbang memikirkan cara membayar parkir di bandar raya ini apabila sistem Sistem Bayaran Mudah Warga Emas (Easy Elderly Payment) diperkenalkan di bawah platform Pay&Go, bermula hari ini.

Menerusi sistem baharu itu, pemandu berusia 60 tahun ke atas hanya perlu membuat pendaftaran sekali sahaja sama ada secara dalam talian atau di kaunter MBKS, DBKU, serta CityOne Customer Service Office, sebelum menikmati kemudahan potongan automatik apabila meletak kenderaan di bawah kawasan kedua-dua pihak berkuasa tempatan itu.

Pengarah Urusan Pay&Go, Eddie Wee, berkata selepas pendaftaran, kenderaan warga emas akan dikenal pasti melalui nombor plat dan caj parkir akan ditolak secara automatik tanpa perlu mengimbas atau menggunakan aplikasi mudah alih.

“Apabila penguatkuasa mengimbas nombor plat, sistem akan kenal pasti pemiliknya warga emas berdaftar dan terus menolak caj parkir secara automatik.

“Mereka tidak perlu buat apa-apa, hanya parkir dan terus pergi,” katanya semasa lawatan tapak Sistem Parkir Pintar Baharu di Jalan Song Thian Cheok, hari ini.

Beliau berkata, sistem itu turut meliputi kawasan parkir komersial seperti The Spring dan Plaza Merdeka, menjadikan Kuching sebagai bandar pertama di Malaysia dan ASEAN yang menyatukan parkir komersial serta parkir majlis di bawah satu platform.

“Kalau warga emas masuk parkir di pusat beli-belah, tak perlu buat bayaran kerana sistem Easy Elderly Payment akan mengesan dan menolak bayaran secara automatik. Inilah kelebihan Pay&Go, integrasi antara parkir majlis dan parkir komersial yang tiada di bandar lain,” katanya.

: PERCUBAAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Wee Hong Seng, Datuk Hilmy Othman dan Datuk Abdul Rahman Junaidi menyaksikan pegawai penguatkuasa mengimbas plat kereta.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pelaksanaan sistem tersebut menandakan berakhirnya lebih 20 tahun penggunaan kupon parkir manual di bawah Kuching City Parking System (KCPS).

“Selepas dua dekad guna sistem kupon tebuk lubang, kini kita beralih kepada era baharu sejajar dengan agenda pendigitalan di bawah PCDS 2030,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kabinet Sarawak telah meluluskan pelaksanaan sistem baharu itu yang akan dijalankan secara peralihan dua bulan bermula Sabtu lepas(1 November) sebelum pelaksanaan penuh pada 1 Januari tahun depan.

“Kita akui akan ada fasa percubaan dan penyesuaian, tapi ini langkah penting menjadikan Kuching bandar pintar yang memberi kemudahan kepada rakyat tanpa mengira usia,” katanya.


Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, pula berkata kaunter pendaftaran Sistem Bayaran Mudah Warga Emas di MBKS telah dibuka mulai minggu ini bagi memudahkan orang ramai membuat pendaftaran.

“Kita sudah mula buka kaunter Isnin hingga Jumaat. Dalam dua hari pertama sahaja, lebih 500 warga emas telah mendaftar. Kita akan bantu ajar mereka log masuk dan daftar, sama seperti masa kita perkenalkan Kenyalang Gold Card dulu,” katanya.

Menurutnya, tempoh peralihan ini penting bagi memastikan sistem berjalan lancar, sambil menegaskan penggunaan kupon parkir KCPS akan ditamatkan sepenuhnya dengan bayaran balik disediakan kepada pengguna.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak empat tahun meninggal dunia, polis sahkan tiada unsur penderaan
Next: RTP Khas bina kemudahan parkir di Rumah Ali Jampi dan Rumah Muja Ayun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.