Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sisa bunga api di Taman BDC timbulkan kebimbangan
  • TEMPATAN

Sisa bunga api di Taman BDC timbulkan kebimbangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERPIHAN bunga api yang ditinggalkan di Taman BDC.

KUCHING: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bunyi mercun dan bunga api kedengaran berterusan siang dan malam di kebanyakan kawasan perumahan.

Menurut penduduk, walaupun sebahagian pencinta haiwan tidak bersetuju dengan bunyi bising mercun dan bunga api kerana ia mudah mengejutkan haiwan peliharaan, ramai tetap bertolak ansur dengan harapan suasana akan kembali tenang sebaik sahaja perayaan berakhir.

Berikutan risau terhadap risiko kebakaran, beberapa penduduk mengambil keputusan untuk menyalakan bunga api di taman awam yang lebih luas.

Namun tindakan itu menimbulkan isu lain apabila sisa bunga api ditinggalkan begitu sahaja selepas pertunjukan tamat.

Taman BDC yang baharu dinaik taraf dan siap sepenuhnya lewat tahun lalu, didapati terdapat sisa seperti kotak kadbod, sarung plastik, bahan kimia yang tidak terbakar serta batang roket bertaburan di atas tanah.

Tinjauan mendapati baki bahan bunga api boleh mendatangkan risiko kepada alam sekitar, kesihatan dan keselamatan kerana bahan toksik berpotensi meresap ke dalam tanah dan kekal dalam tempoh yang lama.

Pertunjukan bunga api di atas permukaan bitumen juga berpotensi merosakkan permukaan tersebut. Pengunjung turut mengadu terdapat bau kurang menyenangkan daripada sisa yang ditinggalkan. 

Sebuah keluarga bersama tiga anak memilih untuk meninggalkan taman itu kerana bimbang pencemaran udara berhampiran kawasan permainan kanak kanak boleh menjejaskan kesihatan.

Seorang penduduk berhampiran, dikenali sebagai Voon, yang sesekali bersiar-siar di taman berkenaan, berkata beliau memahami bahawa orang ramai mungkin tiada tempat sesuai untuk bermain bunga api.

Namun, meninggalkan kotak dan sisa di taman awam adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap pengguna lain.

Di bawah Undang Undang Kecil Bangunan, Undang Undang Kecil Kebersihan serta Ordinan Kerajaan Tempatan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan pencemaran dan menimbulkan kacau ganggu awam.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadir solat tarawih bersama warga Astana Sarawak
Next: SUPP Dudong catat peningkatan keahlian selepas pindah pejabat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.