Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sirih pulang ke gagang: Alumni UPM berhimpun semarakkan legasi kecemerlangan
  • PENDIDIKAN

Sirih pulang ke gagang: Alumni UPM berhimpun semarakkan legasi kecemerlangan

Utusan Sarawak 2 hours ago
AMANAT…Datuk Aaron Ago Dagang berucap pada Majlis Makan Malam Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak 2025,di Kuching ,hari ini.

KUCHING: Majlis Makan Malam Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak 2025, berlangsung penuh meriah sebagai penganjuran sulung di bumi Kenyalang, menghimpunkan lebih 200 alumni daripada pelbagai generasi termasuk dari UPM Serdang dan UPM Sarawak.

Majlis yang bertemakan Sirih Pulang ke Gagang itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang selaku tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, Datuk Aaron menegaskan bahawa UPM kekal sebagai institusi terkemuka di rantau ini, dibuktikan dengan kedudukan universiti tersebut yang kini berada pada tangga ke-20 Asia dalam QS World University Rankings: Asia 2025.

Beliau turut menarik perhatian hadirin mengenai kejayaan universiti itu dalam bidang kelestarian apabila inisiatif tenaga boleh baharu kampus memenangi tempat kedua ASEAN Energy Awards 2025 di bawah kategori Tenaga Boleh Diperbaharui.

Menurutnya, reputasi UPM terus diperkukuh dengan pencapaian dalam kebolehpasaran graduan, termasuk pengiktirafan Employers’ Choice Award 2025 oleh Talentbank yang meletakkan UPM sebagai antara institusi pilihan utama dalam kalangan majikan.

“Pencapaian-pencapaian ini membuktikan bahawa UPM bukan sekadar institusi pengajian tinggi, tetapi sebuah universiti berimpak global yang melahirkan graduan berdaya saing serta penyelidikan yang memberi manfaat kepada negara dan dunia,” katanya sambil merakamkan tahniah kepada pengurusan tertinggi dan mahasiswa UPM.

SIMBOLIK…Datuk Aaron Ago Dagang melakukan simbolik perasmian pada Majlis Makan Malam Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak 2025,di Kuching, hari ini.

Aaron turut menyentuh penjenamaan semula UPM Kampus Bintulu kepada UPM Sarawak yang diisytiharkan pada 30 Jun lalu, sekali gus menandakan perjalanan 50 tahun kampus tersebut sebagai gedung ilmu penting dalam bidang pertanian moden, biodiversiti, perhutanan, akuakultur dan pelbagai disiplin strategik lain.

Beliau yakin UPM Sarawak kini memainkan peranan besar sebagai pusat rujukan akademia Borneo, pusat penyelidikan biodiversiti tropika dan rakan strategik utama Sarawak dalam agenda keterjaminan makanan — sejajar sokongan kerajaan Negeri pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, beliau turut mengangkat peranan alumni sebagai aset strategik negara yang membawa identiti, nilai dan reputasi institusi ke peringkat masyarakat, industri dan antarabangsa.

“Alumni tidak hanya mencerminkan kejayaan individu, tetapi melambangkan keberkesanan ekosistem pendidikan negara. Mereka ialah jambatan antara universiti, dunia pekerjaan dan komuniti,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa dalam era MADANI, alumni memainkan peranan sebagai ejen pengupayaan melalui pemindahan ilmu, jaringan industri, mentorship, penajaan biasiswa, penyediaan peluang pekerjaan serta sokongan kewangan yang memperkukuh daya saing universiti.

Majlis turut dihadiri barisan tetamu kehormat termasuk Yang Amat Mulia Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail; Pengurus Besar STIDC, Datu Zainal Abidin Abdullah; Ahli Lembaga Pengarah UPM, Tuan Mohamad Sabrie Mohamad Salleh; Presiden Persatuan Alumni UPM Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muran; Pengarah UPM Sarawak, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini; dan wakil-wakil kepimpinan alumni UPM dari seluruh negara.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Komitmen sekolah dan ibubapa dipuji dalam pemartabatan pendidikan al-Quran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.