Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ‘Sirih pulang ke gagang’
  • BISNES

‘Sirih pulang ke gagang’

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Mohd Nur Ismal Kamal

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nur Ismal Kamal kembali ke MyHSR Corporation Sdn Bhd berikutan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Mohd Nur Ismal sebelum ini pernah menjawat jawatan sama dari 2015 hingga kontraknya tamat pada penghujung 2019.

“Saya teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk memimpin MyHSR Corp. Saya berharap dapat membina kejayaan ini dan pada masa yang sama memastikan syarikat kekal fokus mewujudkan impak positif kepada ekonomi, rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nur Ismal antara lain akan bertanggungjawab untuk mengawasi dan melaksanakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Strategi, Kewangan dan Pemasaran dari Kellogg Graduate School of Management, Northwestern University, Illinois dan  mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dan Sains Pemutusan (Decision Sciences) dari University of Denver di Colorado.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mohd Nur Ismal mempunyai pengalaman luas dan pernah terlibat dalam industri pengangkutan awam Malaysia sejak 2008 dan memainkan peranan penting dalam pelancaran empat laluan bas Go-KL City di Kuala Lumpur, bangunan pertama Bus Rapid Transit (BRT) di Malaysia dan pembangunan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang membantu menetapkan visi hala tuju industri pengangkutan awam di Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai pembangunan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang, antaranya pelancaran laluan MRT di Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup tinggi kebanyakannya
Next: Bintulu berpotensi jadi pengeluar makanan berasaskan pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.