Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Siri taklimat GKCDA di seluruh Sarawak tamat di Kuching
  • TEMPATAN

Siri taklimat GKCDA di seluruh Sarawak tamat di Kuching

Utusan Sarawak 14 hours ago
SESI lawatan dan taklimat daripada Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

KUCHING: Sesi lawatan dan taklimat daripada Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) yang berlangsung hari ini merupakan siri terakhir daripada keseluruhan sembilan sesi bersama Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) di seluruh Sarawak.

Penubuhan agensi pembangunan serantau seperti GKCDA, Agensi Pembangunan Bintulu (BDA), Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan lain-lain adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Sarawak bagi mempercepatkan serta menyeragamkan pelaksanaan projek pembangunan di seluruh wilayah ini.

Langkah ini dilihat penting dalam memastikan rakyat Sarawak di semua kawasan mendapat akses kepada kemudahan dan pembangunan yang seimbang.

Sesi taklimat ini diadakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan status pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah seliaan GKCDA yang melibatkan kawasan Bahagian Kuching dan Bahagian Serian.

Selain itu, ia turut menjadi platform untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek agar cadangan penambahbaikan dan semakan semula dapat dibawa ke perhatian pihak atasan bagi tindakan lanjut.

Antara kekangan yang telah dikenalpasti termasuklah, kekurangan kakitangan teknikal di agensi-agensi perlaksana, isu pertapakan, kekangan kewangan bagi majlis perlancaran dan penyerahan projek siap, keperluan tenaga teknikal di RDA dan mesyuarat koordinasi antara RDA.

Koordinasi dan perkongsian maklumat antara RDA pula dilihat perlu diperkukuhkan melalui mesyuarat tetap agar segala isu teknikal, logistik dan pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif.

Untuk makluman, projek-projek pembangunan di bawah GKCDA telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion yang dijadualkan untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Sesi taklimat ini berjalan lancar dan segala input serta maklum balas yang diterima akan dibawa oleh pihak Datuk Dr Abdul Rahman kepada Premier Sarawak untuk pertimbangan dan tindakan susulan.

Sesi ini menandakan penutup kepada rangkaian sembilan sesi bersama semua RDA di negeri ini, dengan harapan segala kekangan yang dikenalpasti dapat diatasi demi mempercepatkan pembangunan dan memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak.

Turut hadir dalam taklimat berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil dan Pegawai Tadbir Khas GKCDA, Datuk Ik Pahon Joyik. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Amar Dominic
Next: Premier Sarawak ziarahi kediaman mendiang Dominic Andrew Dago Randan, tokoh penting penyatuan masyarakat Bidayuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.