Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • SIRI OPPO Find X9 dan Find X9 Pro bakal dilancar secara global 28 Oktober ini
  • TEKNOLOGI

SIRI OPPO Find X9 dan Find X9 Pro bakal dilancar secara global 28 Oktober ini

Utusan Sarawak 1 week ago
FOTO AFP.

SHENZHEN, CHINA: OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia, hari ini mengumumkan pelancaran global bagi siri produk terbaharunya, OPPO Find X9, selepas kejayaan pelancarannya di pasaran China.

Acara pelancaran global akan diadakan di Barcelona pada 28 Oktober ini, menyaksikan kemunculan rasmi Find X9 dan Find X9 Pro di pentas antarabangsa. Kedua-dua model dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam dunia fotografi mudah alih dan kecanggihan telefon pintar.

Menurut Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk OPPO berkata dengan Siri Find X, OPPO terus mendorong sempadan kemungkinan dalam bidang fotografi mudah alih, menggabungkan perkakasan terunggul bersama fotografi komputasi terkini.

FOTO AFP.

“Bersama Hasselblad, kami melangkah jauh ke hadapan dalam kualiti imej menerusi Siri Find X9. Dipadankan dengan rekaan elegan, ketahanan bateri luar biasa dan sistem operasi ColorOS 16 yang pantas dan lancar, Siri Find X9 bakal mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar dan mengilhami era baharu kreativiti melalui peranti mudah alih”, tambahnya.

Siri Find X9 memperkenalkan rekaan generasi baharu yang menggabungkan keanggunan dengan keselesaan ergonomik. Find X9 ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Titanium Grey, Space Black, dan Velvet Red.

Sementara itu, Find X9 Pro hadir dalam dua kemasan premium: Silk White dan Titanium Charcoal. Kesemua model menggunakan kemasan kaca matte halus dan bingkai aluminium matte yang meningkatkan keindahan sambil menjamin cengkaman selesa.

Menyokong rekaan ini ialah dua paparan datar yang direka dengan teliti. Find X9 menampilkan skrin kompak 6.59 inci, manakala Find X9 Pro menawarkan paparan lebih besar 6.78 inci. Kedua-duanya dibingkai oleh bezel simetri ultra-tipis 1.15 mm di keempat sisi. -AFP

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: YTL Communications lancar rangkaian 5G Advanced pertama
Next: Sarawak terajui revolusi teknologi hijau melalui Taman Teknologi Hijau Kota Petra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.