Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Siri Nasional 2 perkukuh kerjasama MAGGA–SAGGA majukan AGG di Malaysia
  • SUKAN

Siri Nasional 2 perkukuh kerjasama MAGGA–SAGGA majukan AGG di Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
Peserta AGG dari seluruh negara mempersembahkan rutin masing-masing semasa Siri Nasional 2 di Kuching.

KUCHING: Siri Nasional 2 anjuran Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) yang berlangsung pada 15 hingga 16 November lalu berjaya menghimpunkan 155 ahli gimnastik dari seluruh negara sekali gus memperkukuh usaha memajukan sukan Gimnastik Kumpulan Estetik (AGG) di Malaysia.

Acara dua hari di bawah seliaan Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) itu menampilkan tiga komponen utama iaitu Program IFAGG (peraturan antarabangsa), Program NAD (penggredan) serta Peringkat Akhir Program Sekolah AGG Nasional.

Gambar para peserta merakam kenangan semasa Siri Nasional 2.

SAGGA dalam kenyataannya menzahirkan penghargaan kepada MAGGA atas bimbingan berterusan selain mengucapkan terima kasih kepada penaja Jerald’s Cookies & Desserts dan Skin Supp Co. yang menyokong penganjuran siri berkenaan.

Penyertaan merentas negeri melibatkan seramai 155 peserta mewakili dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dengan pasukan tuan rumah merangkumi Track and Dance, Studio Tarian Spade Rhythm, Studio Tarian Mine serta SJKC Chung Hua No. 6 bersama beberapa pasukan jemputan.

Rakam kenangan bersama Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa menghadiri Siri Nasional 2.

Acara turut diserikan dengan kehadiran mengejut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Projek), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada 15 November yang memberikan kata-kata dorongan kepada para peserta serta memuji usaha SAGGA dalam membangunkan bakat muda di negeri ini. 

Kehadiran beliau turut mencetuskan semangat dalam kalangan peserta dan penyokong yang hadir.

Dalam kategori antara sekolah, Mango Tango dari Selangor muncul juara rutin wajib bawah 18 tahun, manakala Cheerful Cremery dari Sarawak menjuarai rutin wajib bawah 12 tahun. 

Bagi rutin wajib bawah 10 tahun, Gummy Bears dari Selangor meraih kejuaraan, manakala Echoes of the Dhol dari Kuala Lumpur muncul juara rutin pilihan bawah 10 tahun.

Rakam kenangan… Gambar para peserta, jurulatih dan jawatankuasa SAGGA merakam kenangan semasa Siri Nasional 2.

Pasukan Sarawak turut menampilkan prestasi cemerlang apabila Cheerful Cremery dari Track and Dance Sarawak memenangi pingat emas kategori kumpulan bawah 12 tahun. 

Mine Dance Studio pula meraih gangsa bagi kategori bawah 18 tahun melalui pasukan Mined to Shine. 

Dalam kategori bawah 10 tahun, pasukan The Gifted Six dari Track and Dance serta Six Stars dari SJKC Chung Hua No. 6 turut membawa pulang gangsa.

SAGGA menjelaskan bahawa Program Sekolah AGG Sarawak terus memainkan peranan penting dalam membina generasi baharu dengan menyediakan platform pertandingan terancang, bengkel, serta peluang pensijilan NAD yang membantu meningkatkan teknik dan seni persembahan peserta.

Program itu turut memupuk kerjasama, disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. 

Peringkat akhir nasional di Kuching juga menjadi medan utama bagi pelajar mempraktikkan kemahiran di pentas lebih besar serta menimba pengalaman berharga untuk kejohanan pada masa akan datang.

Dengan kehadiran jurulatih dan hakim bertauliah antarabangsa di Sarawak, asas pembangunan teknik dan standard penghakiman AGG di negeri ini semakin kukuh. 

Perkembangan tersebut selaras dengan komitmen SAGGA dalam memastikan pembangunan sukan ini dilaksanakan dengan berkualiti dan mampan. 

Kejayaan penganjuran Siri Nasional 2 ini turut mencerminkan kerjasama erat antara MAGGA dan SAGGA yang komited memperluaskan program pembangunan jurulatih, penyelarasan standard penghakiman dan memperkasa pertumbuhan akar umbi demi melahirkan lebih ramai ahli gimnastik muda berbakat di seluruh negara.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Curaçao, negara kecil catat sejarah layak Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.