Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Siren amaran tsunami Miri berfungsi baik, ujian berkala dijalankan pagi tadi
  • Utara
  • WILAYAH

Siren amaran tsunami Miri berfungsi baik, ujian berkala dijalankan pagi tadi

Utusan Sarawak 4 days ago
DIUJI… Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Miri Central Park diuji pagi tadi sebagai sebahagian daripada usaha kesiapsiagaan bencana.

MIRI: Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di bandar ini diuji dengan lancar oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam ujian berkala yang dilaksanakan pagi tadi di Miri Central Park.

Ujian sistem ini dilakukan bagi memastikan siren berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan optimum sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Menurut Pegawai Meteorologi Miri, Freddie Anit, ujian siren tsunami diadakan dua kali setahun di lokasi-lokasi terpilih.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan masyarakat sentiasa bersedia dan dapat menerima amaran awal sekiranya berlaku kejadian tsunami yang sebenar,” katanya.

Setakat ini, tiga menara siren SAATNM telah dipasang di Miri, iaitu Luak Esplanade, Miri Central Park (bersebelahan Dewan Bandaraya Miri) serta Lutong (berdekatan pasar raya New World Mart)

Ujian siren bukan sahaja untuk menguji sistem teknikal, malah bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai langkah berjaga-jaga dan prosedur keselamatan sekiranya berlaku tsunami.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita DUN Ngemah digesa manfaatkan media sosial promosi kraftangan
Next: Perlu pendekatan terbuka, telus tangani isu telekomunikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.